Skip to main content
HomeSabah

Belia Di Pelawa Sertai Squad 175 Papar

By 13 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan
             Laporan dan foto oleh : Mohammad Abdul Rahman  (Sabah)
PAPAR, 13 Feb.(Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlen mempelawa masyarakat serta golongan belia menyertai Squad 175 Papar, di sini pada sabtu.
 
Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata masyarakat serta belia di daerah berkenaan khasnya adalah di pelawa untuk mendaftar sebagai ahli squad berkenaan kerana pelbagai pengalaman bakal di perolehi.
Mohammad (Tengah) menyampaikan hadiah pemenang pertandingan menulis esei sekolah menengah.

Mohammad (Tengah) menyampaikan hadiah pemenang pertandingan menulis esei sekolah menengah.

 
“Squad 175 ini adalah merupakan pasukan sukarelawan yang bertujuan sebagai tenaga penggerak kepada program yang dianjurkan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen P.175 Papar.
 
“Squad ini adalah inisiatif khusus kepada belia disini dalam usaha memupuk integriti, semangat perpaduan dan kepimpinan sebagai golongan pelapis masa hadapan,”ujarnya kepada media selepas merasmikan Program Lestari Modal Insan Koperasi di Dewan Masyarakat Papar pada sabtu.
 
Tambahnya, squad ini terbahagi kepada lima kategori, iaitu pasukan Misi Kebajikan, Sukan, Pendidikan, Agama dan Pasukan Khas. 
 
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar atas talian di Laman Rasmi Facebook Parlimen P.175 Papar, di capaian tertera seperti berikut : https://goo.gl/forms/hQM9S2W C4I7iEZf42.
 
Program anjuran Maktab Koperasi Malaysia Cawangan Sabah tersebut dihadiri kira-kira 800 pengunjung.
 
Pelbagai pengisian diadakan seperti ceramah, pameran dari agensi kerajaan, program derma darah, pertandingan esei, melukis, mewarna untuk sekolah rendah dan menengah serta cabutan pengunjung bertuah. 
Rosnah (tengah) beramah mesra dengan salah seorang anggota RELA pada program yang berasingan.

Rosnah (tengah) beramah mesra dengan salah seorang anggota RELA pada program yang berasingan.

 
Rosnah turut berkesempatan hadir di perjumpaan bersama kira-kira 200 anggota RELA Papar di Dewan Terbuka Pekan, Papar.
 
Dalam perjumpaan tersebut, Rosnah merakamkan penghargaan kepada seramai 4000 anggota RELA yang berdaftar di daerah ini atas sumbangan menjaga keselamatan awam bersama-sama pihak polis dan tentera.
 
Anggota RELA Papar seramai 200 orang bersiap siaga menyambut ketibaan Rosnah

Anggota RELA Papar seramai 200 orang bersiap siaga menyambut ketibaan Rosnah

 

“Saya kesal dengan kenyataan pemimpin politik tertentu yang melihat anggota RELA ini hanyalah sebagai petugas lalu lintas di majlis kenduri kahwin sedangkan peranan RELA lebih sekadar itu.
 
“Justeru masyarakat perlu sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan RELA sebagai salah satu pasukan berunifom yang menjaga keselamatan awam,” tambahnya lagi.
 
Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Maktab Koperasi Malaysia, Prof. Datuk Mohammad Yusof Kassim; Pengarah Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, Yahya Sulaiman dan Pegawai Daerah, Adnan Attin.
-MRR

 

Tinggalkan komen anda