Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Jasa Kepada Rakyat

By 13 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto oleh : Norsaedah Haron & Abassalimi Mohamad (Kluang)

KLUANG, 13 Feb ( Malaysiaaktif) – Mulai hari ini, penduduk Kluang bakal menikmati perjalanan yang lancar apabila Jalan Lingkaran Tengah Bandar Kluang dibuka kepada rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md. Jais Sarday berkata, pembinaan jalan yang menelan kos sebanyak RM 22 Juta itu bakal menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya, terutama untuk mengelakkan kesesakan lalulintas di Jalan Batu Pahat.

Pelan Jajaran Jalan Lingkaran Tengah Bandar Kluang

Pelan Jajaran Jalan Lingkaran Tengah Bandar Kluang

Pembukaan jalan tersebut juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada masyarakat Kluang lebih-lebih lagi menjelang Sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

“Kerajaan Negeri berterima kasih kepada kedua-dua pemaju atas kerjasama membina laluan tersebut, yang sudah boleh digunakan mulai hari ini,” jelasnya ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pembukaan Rasmi Jalan Lingkaran Tengah Bandar Kluang di sini, hari ini.

Datuk Md Jais melawat ke tapak pameran

Datuk Md Jais melawat ke tapak pameran

Menurut Md. Jais lagi, jalan tersebut juga bakal mengurangkan separuh daripada kesesakan yang dialami oleh penduduk Kluang terutama pada waktu puncak selama ini.

Pada masa sama, beliau juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri bercadang untuk membina laluan sepanjang 1.9 kilometer yang menghubungkan Jalan Mengkibol dan Jalan Kota Tinggi, namun perkara tersebut masih di peringkat perbincangan.

Kenderaan yang terlibat semasa acara pelepasan

Kenderaan yang terlibat semasa acara pelepasan

Jalan yang dibina sepanjang 4.5 kilometer itu adalah hasil usahasama Kerajaan Negeri bersama dua syarikat pemaju, Parkland Group dan Kemajuan Tong Tor Sdn Bhd yang menghubungkan Stadium Taman Kluang Barat ke Taman Delima terus ke Jalan Mengkibol.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pegawai Daerah Kluang, Mohd. Noh Ibrahim, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kluang, Md. Nasri Ali, Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu serta Pengarah Urusan Parkland Group dan Kemajuan Tong Tor Sdn. Bhd.

– MRR

Tinggalkan komen anda