Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Rakyat Terus Dibantu Melalui Jualan Sentuhan Rakyat

By 14 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: Siti Rawaida Mohd Nor & Wan Hasyim Wan Muhamad (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Kesan daripada peningkatan kos sara hidup rakyat, UMNO Parlimen Tanah Merah bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan Program Jualan Sentuhan Rakyat hari ini.

Antara pengunjung yang bersesak-sesak mendapatkan barangan harian pada harga murah.

Antara pengunjung yang bersesak-sesak mendapatkan barangan harian pada harga murah.

Pengarah KPDNKK Negeri Kelantan, Datuk Abd. Ghani Harun, berkata program ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat dalam mendapatkan barangan dapur berkualiti pada harga murah berbanding di kedai atau di pasaraya.

“Melalui program ini, orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan yang lebih murah hasil daripada kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, dan Syarikat Padi Beras Nasional Berhad,” katanya selepas menghadiri Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Tanah Merah di Kampung Bukit Panau, di sini.

Sementara itu, salah seorang pengunjung program, Rohani Dollah, 48, berkata beliau sangat teruja dengan program ini.

“Awal pagi saya dan keluarga bersiap untuk datang ke program ini bagi mendapatkan barangan dapur yang ditawarkan lebih murah berbanding di tempat lain dan saya berharap program sebegini akan menjadi rutin setiap bulan bagi membantu golongan berpendapatan rendah,” jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda