Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Program Bersama Penjawat Awam : Input Pembangunan Negeri

By 15 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Wan Noriza Wan Jaafar (Pasir Mas)

PASIR MAS, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Program Pemimpin Bersama Penjawat Awam Parlimen Rantau Panjang yang berlangsung pada Rabu lalu memberi input tentang pembangunan yang dibangunkan di sekitar negeri ini.

Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abdullah Mat Yasin, penekanan isu-isu semasa terutamanya isu-isu semasa seperti pembangunan di negeri Kelantan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan termasuk Hospital Kuala Krai yang dalam pembinaan.

Antara pegawai-pegawai yang hadir.

Antara pegawai-pegawai yang hadir.

Peserta program, Jamilah Ismail, 45, dari Klinik Kesihatan Repek, di sini, berkata “program membantu menjelaskan perkara sebenar sebalik isu-isu semasa.

“Selain itu saya juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan dari  jabatan lain,” ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lubok Jong, Sharifah Yusuf, 40, berkata program seperti ini wajar diadakan selalu supaya penjawat awam mempunyai pengetahuan.mengenai isu-isu semasa untuk disalurkan.kepada orang ramai.

Program yang berlangsung di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lubok Jong ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abdullah. Mat Yasin dan dihadiri oleh penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi antaranya Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerangan, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Kesihatan serta Angkatan Pertahanan Awam.

-SH

Tinggalkan komen anda