Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Anak Yatim Yayasan Sunbeams Home Dibantu

By 15 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mastika Hablum (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Komuniti 1Malaysia Taman Alor, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia membawa keceriaan dan senyuman kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di Rumah Perlindungan Anak Yatim Yayasan Sunbeams Home, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut esok

Koordinator program, Anthony Foo, 51, berkata dia menghargai sumbangan yang diulurkan oleh Jabatan Penerangan dan juga wakil rakyat, walaupun berbeza agama namun tidak pernah mengabaikan kebajikan anak-anak yatim di rumah perlindungan ini.

“Mereka selalu membantu kami terutamanya keperluan asas dan sentiasa memastikan anak-anak yatim di sini dapat belajar dengan selesa, kami terbuka untuk menerima bantuan daripada mana-mana pihak agar nasib anak-anak yatim di sini terbela,” katanya.

Penghuni bergambar kenangan bersama-sama ahli Komuniti 1Malaysia Taman Alor, di sini.

Penghuni bergambar kenangan bersama-sama ahli Komuniti 1Malaysia Taman Alor, di sini.

Menurutnya lagi, semenjak rumah ini dibuka 11 tahun lalu, kos perbelanjaan bulanan menghampiri RM10,000 sebulan bagi menampung 13 penghuni lelaki dan lapan orang penghuni perempuan di rumah yang berasingan, masing-masing berumur 8 hingga 19 tahun.

Penghuni rumah tersebut, Ooi Tan Hong, 19, merupakan salah seorang anak yatim yang sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berkata “sudah lapan tahun saya tinggal di sini.

“Hari ni saya datang atas jemputan ‘papa’ Anthony dan jasa papa mendidik saya sehingga boleh berdikari tidak akan saya lupakan, rumah ini telah banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam meneruskan kehidupan.

“Terima kasih atas kehadiran dan sumbangan semua pihak terutama kepada Jabatan Penerangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan kerana turut hadir dan memberi bantuan kepada kami,” ujar Tan Hong.

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang diambil oleh pertubuhan sukarelawan dibawah Jabatan Penerangan pada musim perayaan bertujuan untuk mendekati dan membantu golongan masyarakat yang kurang bernasib baik yang meliputi semua kaum di Malaysia.

 

-SH

Tinggalkan komen anda