Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Telaga Ambulong, Lokasi Wajib Lawat Di Menumbok

By 15 Februari 2018Tiada komen3 minit bacaan
Laporan Oleh   Muhd Yusrie Othman / Foto :  Pusat Khidmat Ahli Parlimen (Sabah)

MENUMBOK, SABAH, 15 Feb. (Malaysiaaktif) – Daerah Kecil Menumbok suatu nama unik yang sentiasa menjadi pertanyaan ramai malah daerah itu turut menyimpan pelbagai khazanah berharga yang masih belum diterokai sepenuhnya, termasuk Telaga Ambulong.

Para pelajar turut melakonkan simulasi pendaratan tentera jepun di daerah terbabit pada program terbabit

Para pelajar turut melakonkan simulasi pendaratan tentera jepun di daerah terbabit pada program terbabit

Berikutan pentingnya khazanah terbabit dibangunkan dan dipelihara sebagai nadi baharu ekonomi menumbok dalam usaha menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke daerah berkenaan

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah DSP Hj Mohd Dun berkata, banyak tapak sejarah di daerah ini yang memerlukan penambahbaikan sebagai mengekalkan khazanah sejarah yang terdapat di daerah ini.

Azizah mengetuai rombongan semasa melawat dan meninjau sendiri di tapak-tapak lokasi sejarah pada program berkenaan

Azizah mengetuai rombongan semasa melawat dan meninjau sendiri di tapak-tapak lokasi sejarah pada program berkenaan

“Begitu juga dengan perkampungan nelayan Mempakul yang merupakan lokasi pertama pendaratan tentera Jepun ke Sabah sekitar tahun 1942 selepas mendarat di Labuan.

07

“Lokasi-lokasi sejarah ini seharusnya dibangunkan, bukan sekadar tatapan generasi masa hadapan malah sebagai lokasi pelancongan penting yang wajib dilawat oleh seluruh rakyat Malaysia agar lebih memahami sejarah.

06

Azizah berkata demikian semasa merasmikan program jejak sejarah dan kasih keluarga ditapak pesta nelayan di kampung mempakul pada sabtu.

Katanya lagi, sebanyak enam tapak bersejarah telah dikenal pasti di daerah ini untuk dimajukan sebagai lokasi pelancongan bagi mempromosi daerah kecil menumbok kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Azizah mengetuai rombongan semasa melawat dan meninjau sendiri di tapak-tapak lokasi sejarah pada program berkenaan

Azizah mengetuai rombongan semasa melawat dan meninjau sendiri di tapak-tapak lokasi sejarah pada program berkenaan

“Keenam-enam lokasi tersebut seperti Telaga Ambulong (ambuyat) sejenis makanan berasaskan sagu oleh masyarakat tempatan, Telaga Pam British, Gudang Sira (Garam), Pulau Mempakul, Pusat pentadbiran British dan Tapak Pendaratan Tentera Jepun.

“Kesemua tapak sejarah pasca perang dunia kedua ini bakal diperbaiki untuk dijadikan kawasan pelancongan yang tentunya memberi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk didaerah ini untuk terlibat sepenuhnya dalam sektor perindustrian pelancongan.

“Kita akan memohon kepada pihak Jabatan Muzium dan kementerian pelancongan negeri untuk membantu meningkatkan kemudahan di lokasi tapak seterusnya mempromosikannya,” ujarnya.

Jelasnya lagi, ini merupakan langkah permulaan mengenal pasti lokasi tapak sejarah dan usaha seterusnya kita akan membuat beberapa kajian terperinci dengan kerjasama pihak terbabit untuk menjaga peninggalan sejarah ini agar tidak ditelan zaman.

Azizah seterusnya di bawah melawat sambil mengesan pelbagai lagi peninggalan sejarah di sekitar kawasan terbabit selepas merasmikan program berkenaan.

 Azizah turut gembira apabila bertemu penduduk kampung yang beliau kenali rapat

Azizah turut gembira apabila bertemu penduduk kampung yang beliau kenali rapat

Menurut Ketua Kampung Darat Menumbok, Hj. Wahid Hj. Kapal berkata, Menumbok adalah suatu lokasi terkenal suatu ketika dahulu di mana daerah ini merupakan pusat pentadbiran kerajaan British dan hub pelabuhan pedagang.

 Haji Wahid Hj Kapal

Haji Wahid Hj Kapal

“Menumbok boleh dikatakan bandar besar kerana adanya pusat pentadbiran dan pelabuhan yang membolehkan pedagang luar negara seperti China dan Brunei berlabuh untuk menghantar barang dari negara masing-masing.

“Kepesatan pelabuhan ketika itu turut didatangi dari negeri Sarawak yang turut singgah bagi mendapatkan bekalan,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pedagang yang datang akan menurunkan barang niagaan seperti sagu, garam, dan barang makanan sebelum dibawa ke Daerah Kuala Penyu dan Beaufort melalui jalan-jalan sungai.

“Sehubungan itu, sebarang aktiviti kerajaan untuk membangunkan tapak sejarah di sini adalah amat disokong penuh masyarakat sini.

Azizah sempat meluahkan masa menyaksikan aktiviti menangkap ikan oleh kanak-kanak di daerah terbabit.

Azizah sempat meluahkan masa menyaksikan aktiviti menangkap ikan oleh kanak-kanak di daerah terbabit.

“Ini kerana tindakan membangunkannya pasti membolehkan penduduk menumbok menerima tempiasnya dalam sektor ekonomi dalam menjana pendapatan di sektor pelancongan, restoran, rumah-rumah homestay, cenderamata dan pelbagai lagi,” ujarnya.

Beliau tidak menolak bahawa impak pembinaan jambatan menghubungkan penduduk di daerah berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Labuan segera direalisasikan kerana Labuan memiliki landasan lapangan terbang yang mampu membawa masuk pelancong ke daerah berkenaan.

Azizah (duduk empat dari kiri) bergambar bersama masyarakat di daerah berkenaan selepas merasmikan program tersebut

Azizah (duduk empat dari kiri) bergambar bersama masyarakat di daerah berkenaan selepas merasmikan program tersebut

Pada program tersebut, Azizah turut menyampaikan surat kuasa pembinaan berjumlah RM100 ribu bagi pembinaan sebuah dewan terbuka Sekolah Agama Negeri Pekan Menumbok di sini.

MRR

Tinggalkan komen anda