Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

NBOS OPS KHAS JPJ Pahang

By 16 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan : Pai Syahira Yahya (Kuantan)
Foto : Ahmad Suhailan Mat Piah

KUANTAN, 16 Feb (Malaysiaaktif ) – Lebih 139 anggota penguatkuasa terlibat dalam Operasi Khas Motosikal Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang sempena Tahun Baru Cina.

Operasi yang melibatkan beberapa agensi kerajaan ini dilaksanakan mulai 9 Februari dan akan berakhir 23 Februari nanti.

Anggota JPJ membuka kaunter pengeluaran saman

Anggota JPJ membuka kaunter pengeluaran saman

Sebanyak 243 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 161 daripada itu merupakan kesalahan tidak memperbaharui cukai jalan dan lesen tamat tempoh.

Dalam operasi ini juga, seramai 11 inidividu telah ditahan kerana positif dadah.

Sidang media oleh Pengarah JPJ Pahang

Sidang media oleh Pengarah JPJ Pahang

Menurut Pengarah JPJ Pahang, Mohammad Abdullah, Operasi Khas bersepadu ini melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imegresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dari negeri ini.

Pengguna jalan raya memberi kerjasama kepada anggota penguatkuasa JPJ

Pengguna jalan raya memberi kerjasama kepada anggota penguatkuasa JPJ

“Ops diteruskan bagi mengurangi kadar kemalangan dan kematian,”. “operasi dilakukan bagi membudayakan pemanduan secara berkhemah di kalangan pengguna jalan raya,” tambahnya lagi.

“Antara aspek kesalahan yang dititikberatkan dalam operasi ini ialah lesen memandu, cukai jalan dan insurans, teknikal serta nombor plat kenderaan.” ujar Mohammad.

Sehubungan itu larangan kenderaan berat bermula pada 24 dan 25 Februari di seluruh Malaysia dan ops Depo turut dilakukan di terminal bas sekitar Pahang.

Operasi tersebut dilakukan serentak di daerah lain termasuk Jengka, Lipis, Temerloh, dan Muadazam.

– MRR

Tinggalkan komen anda