Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Bersatu Padu Bangunkan Sabah – Musa

By 19 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

LAPORAN      :           Idris Sani Saberun /               FOTO :  Shahvian Muhammad Razali                                    (Sabah)

 

KOTA KINABALU, 18 Feb. (Malaysiaaktif) – Sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mengharapkan agar semua pemimpin bersatu padu untuk membangunkan negeri.

“Saya percaya dengan adanya perpaduan yang utuh, semua pemimpin akan mudah mentadbir negeri khususnya Kerajaan Barisan Nasional.

“Pada hari ini kita lihat bergitu ramai sekali masyarakat dari pelbagai kaum menghadiri program rumah terbuka,” kata Musa semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Parti Bersatu Sabah (PBS) di Dewan Hakka, Teluk Likas dekat sini, pada sabtu.

Tambahnya, ia membuktikan bahawa perasaan muhibbah dan kecintaan telah lama wujud di Sabah.

Musa bermesra dan bersalaman dengan pengunjung yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka PBS.

Musa bermesra dan bersalaman dengan pengunjung yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka PBS.

“Kita mahu semangat ini terus wujud, dengan adanya semangat kesatuan, senang untuk kita mentadbir negeri seperti mana yang dirancangkan.

“Saya amat percaya semangat perpaduan dan kesatuan akan terus wujud dikalangan masyarakat di negeri ini walaupun kita terdiri dari pelbagai suku kaum.

“Saya berharap sempena Tahun Baharu Cina tahun ini kita perlu terus bersatu padu dalam membangunkan negeri yang tercinta,” ujarnya.

Ketibaan beliau telah disambut Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus J. Ongkili; Timbalan Presiden, Datuk Dr. Yee Moh Chai; Naib Presiden, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah dan ahli-ahli majlis tertinggi PBS.

Seramai 5000 masyarakat pelbagai kaum sekitar Bandaraya Kota Kinabalu menghadiri Majlis Rumah terbuka PBS bermula pada jam 9.00 pagi.

 Isteri Timbalan Presiden PBS, Datin Vicky Lai Nyat Yin (kanan) menyampaikan paket Ang Pau kepada salah seorang pengunjung warga emas sambil disaksikan Dr. Yee Moh Chai (kiri), Maximus (tengah) dan Pairin (dua kanan).

Isteri Timbalan Presiden PBS, Datin Vicky Lai Nyat Yin (kanan) menyampaikan paket Ang Pau kepada salah seorang pengunjung warga emas sambil disaksikan Dr. Yee Moh Chai (kiri), Maximus (tengah) dan Pairin (dua kanan).

Para tetamu dan hadirin turut disajikan dengan persembahan Tarian Singa dan Naga serta nyanyian dari beberapa artis tempatan.

Hadir sama, Isteri Ketua Menteri, Puan Sri Faridah Haji Tussin;  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madus Tangau; Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang; Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid; Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan   Konsul Jeneral Negara China di Sabah, Liang Caide.

Tinggalkan komen anda