Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Cerapan Ibadah Suatu Tanggungjawab Mencabar

By 19 Februari 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

 

LAPORAN:  Yahya Abdul Rajak / FOTO : Azman Jumat (Sabah)

 

PUTATAN, SABAH, 18 Feb. (Malaysiaaktif) – Aktiviti mencerap hilal merupakan suatu tugasan yang dilihat biasa tetapi mencabar kesabaran dan memerlukan rasa tanggungjawab tinggi kerana aktiviti ini penting dalam penentuan permulaan awal bulan dalam kalender Islam.

Kesempatan melihat aktiviti mencerap hilal ini tentunya suatu peluang berharga untuk masyarakat memahami kepentingan cerapan tersebut yang dilakukan antara 29 dan 30 setiap bulan.

Petugas dari Jupem turut melakukan cerapan tersebut.

Petugas dari Jupem turut melakukan cerapan tersebut.

Pada asasnya tugasan menyerap yang dilakukan nampak mudah iaitu hanya memerhati pada paparan kamera atau teleskop tetapi sebaliknya kerana pemerhatian perlu sentiasa fokus setiap saat dalam melakukan pengiraan terhadap pergerakan matahari dan bulan.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Mohd Jumat Abdul Rajak berkata, tugas mencerap ini memerlukan penyediaan mental yang tinggi kerana kesilapan ketika melakukan cerapan mampu memberi kesan terhadap kesilapan data cerapan.

“Masyarakat sebenarnya tidak terdedah terhadap aktiviti ini dan tidak ramai yang ingin mengetahui kepentingannya kecuali para peminat astronomi.

Perbincangan sentiasa dilakukan bagi memastikan pengiraan tep

Perbincangan sentiasa dilakukan bagi memastikan pengiraan tep

“Tugasan ini sebenarnya amat berhubung kait terhadap urusan kehidupan masyarakat terutama dalam soal ibadah seharian, contoh kepentingan cerapan ini adalah dalam aspek penentuan bila awal Ramadan, Syawal, Zulhijjah dan sebagainya.

“Ini bermakna maklumat cerapan yang diperolehi mampu menghasilkan pengiraan awalan setiap bulan dalam kalender Islam seterusnya memudahkan masyarakat Islam mengetahui tarikh-tarikh penting dalam Islam.

Kata Ustaz Mohd Jumat ketika ditemui selepas melaksanakan cerapan di balai cerap Al Biruni Tanjung Dumpil, Putatan pada jumaat.

Jelasnya, ini bererti kemahiran cerapan yang baik amat diutamakan agar pengukuran dapat dilakukan dengan tepat kerana data yang diperolehi juga penting dalam penghasilan Takwim Solat yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah.

Pemerhatian menggunakan peralatan computer turut digunapakai pada cerapan tersebut.

Pemerhatian menggunakan peralatan computer turut digunapakai pada cerapan tersebut.

“Oleh itu, aktiviti cerapan ini menjadi suatu kemestian untuk mendapatkan data bagi penentuan awal bulan yang tepat.

“Untuk memperoleh hasil yang berkualiti ia nya amat sukar menggunakan penglihatan mata kasar terutama dalam situasi cuaca yang kurang baik.

“Sehubungan itu, penggunaan peralatan yang tepat dan sesuai penting iaitu penggunaan teodolit, teleskop yang dilengkapi peralatan rakaman seperti kamera dan video bagi membantu para pencerap melihat hilal terutama semasa cahaya yang amat minimum,” ujarnya lagi dalam berkongsi pengalaman sepanjang melakukan tugasan mencerap berkenaan.

Wartawan turut diberi pendedahan dan penjelasan kaedah cerapan yang dilakukan tersebut.

Wartawan turut diberi pendedahan dan penjelasan kaedah cerapan yang dilakukan tersebut.

Tambahnya lagi, masyarakat atau pengemar astronomi yang berminat menyertai aktiviti cerapan hilal (anak bulan) di balai cerap ini bolehlah mendapatkan borang di pautan berikut https://t.me/InfoFatwaFalakSabah/125.

“Individu yang berminat boleh mengisi borang berkenaan dan faxkan ke pejabat mufti negeri Sabah atau boleh berhubung terus dengan ustaz Jumat di bahagian falak di nombor talian 0138595501 atau 0195367902.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai info berkaitan fatwa dan falak negeri Sabah pada pautan tersebut,” ujarnya lagi.

Antara pemandangan menarik yang dapat di perhatikan pada cerapan tersebut.

Antara pemandangan menarik yang dapat di perhatikan pada cerapan tersebut.

Antara agensi yang sering terlibat membantu melaksanakan cerapan tersebut adalah Jabatan Ukur dan Pemetaan Sabah (Jupem), Persatuan Pencerap Bintang Sabah (Sabah Stargazers) dan Jabatan Penerangan (Japen).

-MRR

Tinggalkan komen anda