Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePerak

“Wow! Kita Hebat” SUKMA Perak

By 20 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Laporan & Foto Oleh : Paranthaman Nadarajan

 

SERI ISKANDAR 20 FEB (Malaysiaaktif) – “Selepas 24 tahun berlalu, Perak bakal menjadi tuan rumah buat kali kedua selepas menganjurkannya untuk edisi kelima pada tahun 1994” ujar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Sukan Malaysia XIX Perak 2018 pada 20 Januari 2018.

“Penganjuran sukan dua tahun sekali ini dilihat mampu memupuk semangat integrasi nasional bukan sahaja dalam kalangan atlet tetapi juga rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Sukan Malaysia (Sukma) edisi ke-19 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 22 September ini di semua 12 daerah di negeri Perak mendapat sambutan yang mengalakkan daripada golongan belia.

Pemilihan setiap daerah dengan venue sukan akan menjadikan penganjuran kali ini sebagai yang paling unik dan pada masa yang sama akan menyemarakkan semangat kesukanan serta kekitaan.

Antara pengunjung yang hadir Syafiz Aiman, 23, berkata buat kali pertama dia bakal dapat menyaksikan Sukma di daerah sendiri bersama keluarga dan rakan-rakan.

Syafiz Aiman

Syafiz Aiman

“Kawan-kawan yang belajar di negeri lain akan turun sekali memeriahkan Sukma untuk sokong team Perak, Wow! Kita Hebat. Tak sabar nak tunggu 12 september ini,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Kavitha Kaneapa, 30, baginya, ini merupakan peluang terbaik untuk mempromosikan produk pelancongan setiap daerah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kavitha Kaneapa

Kavitha Kaneapa

Usaha ini juga dapat meningkatkan taraf ekonomi kawasan berkenaan secara tidak langsung. Kearah pemasaran dan promosi yang berjaya.

Menurut Ammar Alsafri, 29, yang juga hadir dimajlis ini, dengan melibatkan kesemua 12 daerah, tenaga kerja serta pengurusan dapat diseragamkan seperti mana peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Ammar Alsafri

Ammar Alsafri

Pada masa yang sama dapat memberi peluang kepada belia di daerah berkenaan untuk terlibat sebagai sukarelawan, katanya lagi.

20180220_143421

Hadirin majlis ini, Ahmad Zul Ariff, 25, “Perak dikenali dengan kepelbagaian adat resam. agama dan kaum, ini dapat memupuk lagi semangat bersatu serta dapat mempromosi Negeri Perak sebagai lokasi pelancongan utama negara. Pengunjung serta pengiat sukan juga berpeluang mengenali, mendalami serta mendekati negeri ini.

Sukma XIX Perak 2018 dijangka akan menjadi antara penganjuran yang terbaik serta paling berjaya dengan pembabitan setiap daerah buat pertama kali serta jumlah pegawai sukan, atlet serta sukarelawan yang teramai.

SUKMA Perak akan menjadi yang paling viral dalam sejarah penganjuran Sukan Malaysia,” kata Menteri Besar Perak. Kita Hebat, Kita Dahsyat, tunjukkan semua semangat kita, Kita the Greatest, marilah kita sama-sama nantikan Sukan Malaysia Edisi ke 19 Perak Darul Ridzuan September ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan melancarkan Sukma XIX Perak 2018.

– MRR

Tinggalkan komen anda