Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Jualan Sentuhan Rakyat, Buatlah Selalu..!

By 21 Februari 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

LAPORAN & FOTO :  Nur Azean Makbul (Sabah)

 

KOTA BELUD, SABAH, 20 Feb. (Malaysiaaktif) – Peningkatan kos sara hidup yang dirasai penduduk tentunya amat membebankan dan menyukarkan kehidupan seharian, namun perlu dihadapi dengan bijak.

Tekanan ini tentunya difahami pemimpin dan berusaha membantu rakyat agar tekanan dapat diserap dan dikawal dengan baik agar rakyat mampu menghadapinya.

Melihat situasi ini UMNO bahagian Kota Belud mengambil inisiatif tepat menganjurkan Karnival Jualan Sentuhan Rakyat sebagai suatu cara membantu rakyat menghadapi tekanan hidup hari ini.

Para pengunjung yang tidak melepaskan peluang pada karnival berkenaan.

Para pengunjung yang tidak melepaskan peluang pada karnival berkenaan.

Pengunjung, Normayan Jamlan, 44, semasa ditemui pada program berkenaan berkata, karnival jualan sebegini sememangnya amat dinanti-nantikan.

“Apabila saya mengetahui ada jualan murah sebegini saya pasti tidak akan melepaskan peluang tersebut untuk membeli beras, telur, tepung dan beberapa keperluan asas lain untuk simpanan di rumah.

“Namun diharap penganjur memperbanyakkan lagi kaunter agar pengunjung tidak terlalu berdiri lama untuk membuat pembayaran,” ujarnya.

Perkhidmatan mengunting rambut yang menawarkan harga murah turu mendapat sambutan menggalakkan.

Perkhidmatan mengunting rambut yang menawarkan harga murah turu mendapat sambutan menggalakkan.

Seorang lagi pengunjung, Nazaruddin Rashkin, 42, berkata, saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk melihat barangan dan harga yang ditawarkan jika benar murah tetapi ternyata harga yang diberi lebih murah berbanding di pasar raya berdekatan.

“Melihat harga yang lebih murah menyebabkan isteri terlalu sibuk membeli untuk simpanan dan tidak sangka ada perkhidmatan mengunting rambut turut ditawarkan di sini dengan harga murah jadi sementara menunggu dia, baik saya pergi gunting rambut,” kata Nazaruddin sambil tersenyum.

Katanya lagi, program ini memang baik kalau boleh UMNO bahagian buatlah selalu kerana mereka memang memerlukannya.

Karnival Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di Dewan Masyarakat Tun Said pada sabtu lepas menerima sambutan yang luar biasa dari masyarakat Kota Belud.

Dianggarkan lebih 3000 orang pengunjung datang membeli barangan keperluan asas yang dijual pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran.

Salleh berbual dengan pengunjung yang hadir ke karnival tersebut.

Salleh berbual dengan pengunjung yang hadir ke karnival tersebut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia , Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata program tersebut bertujuan memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang lebih murah dari harga pasaran semasa.

“Penganjuran karnival ini menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin dengan permasalahan rakyat dan kami membantu meringankan kos sara hidup tersebut dengan membekalkan barangan keperluan harian lebih murah berbanding biasa.

“Barisan Nasional Kota Belud akan terus mengadakan program ini mengikut kawasan di sekitar daerah ini untuk memberi peluang kepada masyarakat lain yang lebih jauh agar dapat turut dapat menikmati pembelian barangan pada harga yang lebih murah dan menjimatkan,” jelas Salleh yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud

Selain jualan barangan keperluan asas harian, terdapat perkhidmatan lain seperti gunting rambut untuk dewasa pada harga serendah RM5 dan untuk kanak-kanak pula RM3.

Terdapat juga pelbagai perkhidmatan lain yang ditawarkan pada harga yang lebih murah seperti perkhidmatan mengurut kaki, produk hasil laut dan pemeriksaan kesihatan percuma.

 

 

-MRR

Tinggalkan komen anda