Penjawat Awam Digesa Berikan Perkhidmatan Terbaik Semasa Bertugas

ed768157-415c-4605-b2de-6dcbc5adda2e

 

 Laporan dan foto : Zulkifli Othman & Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Pegawai Pembangunan Dungun, Datuk Din Adam mengajak penjawat awam di daerah tersebut supaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat kerana setiap tindakan kakitangan awam semasa menjalankan tugas akan dinilai oleh pelanggan dan akhirnya memberi kesan kepada kerajaan yang memerintah.

“Rakyat mengharapkan layanan terbaik dan keputusan yang segera apabila berurusan dengan mana-mana agensi kerajaan,” katanya ketika Majlis Ramah Mesra Pegawai Pembangunan Dungun bersama Warga Kakitangan Jabatan Kerajaan Daerah Dungun di sini, semalam.

Din Adam (tengah) semasa Majlis Ramah Mesra Pegawai Pembangunan Dungun bersama Warga Kakitangan Jabatan Kerajaan Daerah Dungun di sini, semalam.

Din Adam (tengah) semasa Majlis Ramah Mesra Pegawai Pembangunan Dungun bersama Warga Kakitangan Jabatan Kerajaan Daerah Dungun di sini, semalam.

Menurut seorang penjawat awam, Azmi Noordin yang hadir ke program tersebut, program ini perlu dijadikan acara tahunan.

“Program Ramah Mesra perlu dijadikan acara tahunan agar setiap penjawat awam dapat berkumpul bagi berkenalan antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim antara penjawat awam di daerah ini,” katanya.

Sementara itu, bagi Anuar Ali yang merupakan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Dungun memberitahu program secara santai ini sedikit sebanyak dapat meredakan tekanan kerja dan secara tidak langsung berkesempatan berkongsi pengalaman kerja dengan pegawai-pegawai lain daripada pelbagai jabatan.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad.

-SH

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...