Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

Bergabung Bantu Mangsa Lantai Rumah Runtuh

By 21 Februari 2018Februari 22nd, 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman (Johor Bahru)

 

GELANG PATAH, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Nusajaya, Zaini Abu Bakar, Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah, Mohammad Khairi Malik dan Pengerusi MCA Bahagian Gelang Patah, Datuk Jason Teoh telah turut menyampaikan bantuan wang kecemasan RM1,000 daripada Yayasan Penyayang Iskandar Puteri dan RM1,000 khsan MCA Bahagian Gelang Patah kepada keluarga yang lantai rumah mereka runtuh baru-baru ini di Kampung Sungai Melayu di sini.

Zaini ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana kejadian ini tidak melibatkan kemalangan jiwa.

WhatsApp Image 2018-02-20 at 22.22.14(1)

“Pemilik rumah jangan berasa risau kerana saya dan Ketua Kampung ini telah menghubungi jabatan berkaitan seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Agama Islam dan Pejabat Daerah Johor Bahru untuk mereka hadir dan menilai kerosakan bagi tindakan selanjutnya ,” jelasnya.

WhatsApp Image 2018-02-20 at 22.22.15(1)

Khairi juga berkata, pihak UMNO Bahagian Gelang Patah dan Yayasan Penyayang Iskandar Puteri akan turut memanjangkan permohonan kepada pihak Pejabat Daerah Johor Bahru untuk mendapatkan bantuan kecemasan kepada. mangsa.

“Bantuan awal berjumlah RM1,000 yang telah disampaikan pada hari ini juga untuk membantu keluarga ini membiayai keperluan perbelanjaan sementara,” katanya lagi.

Sementara itu, Datuk Jason menyatakan rasa simpati kepada pemilik rumah dan keluarganya atas kejadian tersebut.

“MCA Gelang Patah juga akan mengusahakan bentuk bantuan yang sesuai buat keluarga ini yang akan disalurkan melalui pertubuhan NGO dalam Parlimen Gelang Patah,” ujar beliau lagi.

Mengulas mengenai kejadian, pemilik rumah, Ahmad Kusni, 82, berkata, beliau menyedari lantai rumahnya runtuh apabila salah seorang anaknya menjerit ‘rumah runtuh’ dan terus menggesa anak-anaknya keluar dari rumah dengan segera.

WhatsApp Image 2018-02-20 at 22.22.15

“Masa itu ada cucu saya empat orang, dua orang anak saya dan isteri saya yang sedang baring di bilik sebelah, namun saya bersyukur, semuanya selamat,” jelas beliau yang membina sendiri rumah tersebut 18 tahun yang lalu.

Menurut Ketua Balai Bomba Iskandar Puteri, Iskandar Nekmat, pihak Bomba menerima panggilan mengenai keruntuhan lantai di salah sebuah rumah di kampung ini dan hasil siasatan mendapati keruntuhan berpunca daripada kesan hakisan air laut terhadap simen dan besi dalam struktur lantai.

Beliau, berkata pemeriksaan lanjut juga mendapati rumah tersebut tidak selamat untuk diduduki dan mengharapkan penghuni rumah lain di kampung persisiran pantai ini mengambil kesedaran atas keselamatan rumah masing-masing yang kebanyakannya dibina di tepi pantai.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda