Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Bas Amphicoach Jalani Proses Pandu Uji

By 22 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Zamri Abd. Razak & Tg. Saifulah Tg. Mohamed (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Bas amfibia atau bas dua alam menjalani proses pandu uji di darat dan air bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan sebelum dapat beroperasi sepenuhya bagi tujuan pelancongan negeri.

Bas Amphicoach sedang dipandu uji menelusuri Sungai Terengganu, semalam.

Bas Amphicoach sedang dipandu uji menelusuri Sungai Terengganu, semalam.

Pengurus Besar Amphicoach (Malta), Stephen Morrison Smith berkata beliau membina bas ini sejak tahun 2010 lagi, dan kehadirannya di sini bertujuan memberi latihan penyelenggaraan dan pemanduan serta beberapa perkara berkaitan.

“Bas ini digerakkan oleh enjin jenis MAN 300 kuasa kuda dengan jet marin berkembar, panjang 12 meter dan sebaik kami selesai memandu ujinya, kelajuan dalam air mencapai 6 knot dan kami berbangga kerana bas ini merupakan yang pertama di Malaysia.

“Bas ini mempunyai kualiti yang tinggi dengan pelbagai spesifikasi dan kemampuan berfungsi di darat mahupun air,” ujarnya selepas sesi memandu uji bas dua alam itu di Sungai Terengganu, semalam.

Bas Amphicoach ini akan dipamerkan kepada orang ramai pada ekspo Terengganu 2018 yang berlangsung pada pada 25 Februari hingga 3 Mac ini.

– SH

 

Tinggalkan komen anda