Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Peneroka Tidak Puas Hati Pampasan Kerajaan Negeri

By 23 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan / Foto oleh Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)

 

SHAH ALAM, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Para peneroka tanah di Ijok tidak berpuas hati dengan kadar pampasan yang diumumkan oleh kerajaan Negeri Selangor.

Wakil kumpulan peneroka, Jamil Hitam, 64, berkata pampasan tersebut berdasarkan tempoh 18 tahun yang dikira bermula dari tahun 2000 itu tidak masuk akal.

Jamil Hitam.

Jamil Hitam.

Menurut beliau pampasan perlu mengikut harga jualan semasa kerana setiap seorang daripada 980 peneroka itu memiliki tiga ekar tanah.

“Baki jumlah jualan tanah sebanyak RM1.18 bilion sepatutnya diagihkan secara adil kepada peneroka dan pembayaran hutang bank bukan masalah kita,” tambah Jamil.

Anbalagan Annamali.

Anbalagan Annamali.

Bagi Anbalagan Annamalii, 60, mereka dijanjikan rumah mewah lebih besar keluasannya berbanding apa yang diberikan sekarang.

Beliau berkata sewaktu perjanjian dibuat tiada pelan lengkap atau pun rumah contoh ditunjukkan oleh pihak pemaju, selain nombor unit rumah.

Mejar Manickam Ponnusamy.

Mejar Manickam Ponnusamy.

Sementara itu, wakil penduduk serta pemimpin masyarakat, Mejar Manickam Ponnusamy, 57, mempersoalkan sekiranya nilai unit rumah boleh dinaikkan daripada RM180,000 sebelum ini kepada RM250,000 harga jualan semasa, mengapa nilai pampasan tunai tidak dinaikkan mengikut kadar semasa.

Dalam pada itu menurutnya lagi, apabila ditanya lokasi projek tersebut, setiap pihak menunjukkan kawasan berbeza.

Berdasarkan segala yang tidak menepati apa yang sepatutnya dilakukan, rata-rata para peneroka berkenaan rasa terkilan dengan pengumuman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali pada 11 Februari lalu di Dewan Tertutup, Stadium Kuala Selangor.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda