Jualan murah di Pasir Mas menjimatkan penduduk

2e35544a-b4a4-4c71-bc75-26cd3aab2875
Laporan dan foto: Siti Fazilah Derahman (Pasir Mas)

PASIR MAS, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Giliran ‘Jualan Muroh Ko Rakyat’ diadakan di perkarangan Sekolah Kebangsaan Gelang Mas di sini hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 500 orang.

Jualan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang diadakan di semua kawasan parlimen di negeri ini bertujuan membantu penduduk membeli barangan keperluan runcit basah dan kering dengan harga murah.

fd7082f1-64b9-440a-8c87-af0e2c45572f

Seorang penduduk, Fatimah Yussof dari Kampung Chat Gelang Mas, berkata jualan seperti ini amat menjimatkan.

“Sekurang-kurangnya saya dapat membeli barangan dapur dalam kuantiti yang banyak dan boleh disimpan,” katanya.

Bagi Ab Latif Awang, 63, dari Kampung Alur Mengkuang menyatakan kesyukuran kerana dapat membeli daging dengan harga RM24.00 sekilogram berbanding RM28.00 sekilogram pada kebiasaannya di tempat lain.

0bd05e75-0572-4f96-9833-6e7498f8850c

“Perbezaan harga yang ketara berbanding hari biasa dapat membantu golongan seperti saya membeli dengan jumlah yang banyak ,” tambahnya lagi.

Turut hadir Pengarah KPDNKK Negeri Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun.

 

-SH/AAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...