Ribuan di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Labuan

de670f22-5f0b-45e0-acee-22841720c2e5
Laporan: Mohd Faizal Mansor/ Foto:  Jeffrey Nian

 

LABUAN 25 Feb (Malaysiaaktif) – Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan Labuan di sini dihadiri oleh lebih 5,000 pengunjung pelbagai kaum.

“Saya bangga melihat keharmonian pelbagai kaum yang ditunjukkan oleh warga Labuan yang datang ke rumah terbuka anjuran Barisan Nasional (BN) bersama parti komponen, MCA dan Gerakan,” kata Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

“Ia jelas membuktikan perpaduan melalui perayaan terus diamalkan oleh warga Labuan sejak dahulu lagi, dan kehadiran orang ramai yang memberangsangkan ini begitu meriah dan ia perlu terus dikekalkan,” katanya kepada para pemberita di Dewan Serba guna Perbadanan Labuan tengah hari tadi.

Rozman juga yakin dengan jumlah kehadiran yang begitu menggalakkan pada Majlis Rumah Terbuka ini, khususnya masyarakat Tiong Hua di Labuan, membuktikan sokongan padu oleh kaum cina kepada BN dan sekali gus menjanjikan kemenangan besar bagi Parlimen Labuan pada Pilihan raya akan datang.

Pada majlis itu Rozman turut menyampaikan duit ang pow kepada kanak-kanak.

Turut hadir, Senator Dewan Negara, Datuk Bashir Alias; Pengerusi MCA Labuan Datuk Chin Hon Vui serta Pengerusi Parti Gerakan Labuan, Datuk Oi Thiam Beng.

 

-AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...