Parkir Bertingkat PPR Lembah Pantai atasi masalah letak kereta

WhatsApp Image 2018-02-24 at 13.49.53

 

 Laporan dan Foto oleh: Ahmad Suhaimi Mokhtar & Inthran Krishnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur mengumumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membina parkir bertingkat di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Kerinchi dan Cempaka bagi menangani masalah parkir di kawasan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Kenduri 1Wilayah Parlimen Lembah Pantai sempena Hari Wilayah Persekutuan 2018, di sini semalam.

Tengku Adnan turut memberi penghargaan kepada penghuni PPR dengan merujuk kepada semangat perpaduan, seperti gotong-royong yang memanfaatkan enempatan penduduk di bandar raya.

Beliau berkata ini antara pemindahan positif budaya penduduk PPR yang kebanyakannya berasal dari luar.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi memastikan keselesaan rakyat di Lembah Pantai.

“Banyak rumah kos rendah didirikan untuk menampung keperluan dan kehendak rakyat pada harga yang murah dan mampu milik,” katanya.

Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Datuk Seri Utama Raja Nong Chik menyaksikan demonstrasi oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat

Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Datuk Seri Utama Raja Nong Chik menyaksikan demonstrasi oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat

Dalam pada itu, Tengku Adnan turut mempromosikan kad ceria untuk warga Wilayah Persekutuan yang membolehkan penerima kad mendapat diskaun bagi barang-barang terpilih di kedai-kedai tertentu.

Pada program yang sama, turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Penyerahan Pantai Eco Park antara Indah Water Konsortium (IWK) dengan DBKL untuk penyelenggaraan dan kegunaan masyarakat setempat.

Majlis hari ini turut menyaksikan penretaan  beberapa agensi kerajaan, persembahan angklung, pertandingan pengat dan gubahan kek, pertandingan mewarna kanak-kanak, pemberian cermin mata percuma dan cabutan bertuah.

Turut hadir bersama lebih 2,000 penduduk , Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan isterinya Datin Seri Anggraini Sentiyaki, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Loga Bala Mohan dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan.

– AH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...