3,000 penduduk Jeli terima unit ASB secara percuma

cde305c2-e904-4708-a9ef-e6724f2aca7d
Pengunjung mengisi borang pendaftaran ASB yang diberikan secara percuma.

 

Laporan / Foto : Mohd Noor Mahmuddin / Wan Seman Wan Bedollah (Jeli)

JELI,  25 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 3,000 penduduk Jeli hari ini terpilih menerima 10 unit Amanah Saham Nasional (ASB) seorang secara percuma daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Majlis penyerahan Unit Amanah ASB ini disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed pada majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan Kereta Sewa Jeli Bersama Masyarakat Jeli di Perkarangan Stesen Bas dan Kereta Sewa Jeli.

Dalam ucapannya Mustapa mengingatkan para penerima bahawa kerajaan sentiasa membantu rakyat dan menyediakan pendekatan serta dasar bersifat menyeluruh.

Mustapa Mohamed ketika berucap merasmikan majlis Hari Bertemu Pelanggan Kereta Sewa Jeli Bersama Masyarakat Jeli.

Mustapa Mohamed ketika berucap merasmikan majlis Hari Bertemu Pelanggan Kereta Sewa Jeli Bersama Masyarakat Jeli.

Beliau berkata sentuhan rakyat merangkumi setiap kelompok masyarakat dan ia terbukti melalui pendekatan seperti program ini.

Pada program ini pelbagai perkhidmatan percuma agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan turut disediakan, termasuk pemeriksaan kesihatan, derma darah, kaunter JPJ, Puspakom, pemeriksaan gigi, kaunter perkhidmatan Tabung Haji.

Seorang penerima ASB percuma, Sabariah Yusuf, 35 rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kerana dipilih menerima ASB.

Bagi Maheran Mat Zain, 33, selain acara hakiki penyerahan unit ASB, beliau turut berasa lega kerana boleh mendapatkan perkhidmatan percuma daripada agensi-agensi yang mengambil bahagian .

Pengunjung, Maheran Mat Zain (tengah).

Pengunjung, Maheran Mat Zain (tengah).

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah, Datuk Abd. Aziz Derasid, Timbalan Ketua Jajahan Jeli, Abdul Razak Deraman dan Pengerusi Persatuan Kereta Sewa Negeri Kelantan dan Daerah Jeli, Ramli Mat Yaacob.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kereta Sewa Jeli dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), IPD Jeli, KESEDAR dan Pejabat Penerangan Daerah Jeli.

 

-AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...