Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

E-Sukan Negara Bakal Lahirkan Jaguh Bertaraf Dunia

By 25 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mahadi Mustafa & Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 25 Feb (Malaysiaaktif) – E-sukan merupakan salah satu cabang permainan virtual dalam melahirkan jaguh bertaraf antarabangsa satu hari nanti.

Sukan ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaludin yang mahu ada peserta dari Malaysia yang dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa.

Mengambil inisiatif tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun dengan kerjasama Gamerz World Dungun telah menganjurkan program santai bersama anak muda peminat permainan siber baru-baru ini.

Asri (tengah) optimis bakat tempatan boleh menjadi jaguh bertaraf antarabangsa satu hari nanti.

Asri (tengah) optimis bakat tempatan boleh menjadi jaguh bertaraf antarabangsa satu hari nanti.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Dungun, Mohd Asri Mohamad berkata program tersebut diadakan untuk mengumpulkan peminat e-sukan di daerah ini.

“Antara lain kita mahu mengadakan perbincangan untuk mengadakan pertandingan e-sukan ini untuk mencari pemain yang akan mewakili daerah ini untuk pertandingan di peringkat domestik.

“Disamping itu program sebegini diadakan untuk merapatkan ukhwah di antara kepimpinan Pemuda dengan peminat permainan ini yang rata-ratanya terdiri daripada golongan anak muda.

“Kita juga akan memberikan mereka kefahaman tentang dasar-dasar kerajaan dalam membantu rakyat serta usaha kerajaan untuk membangunkan negara setaraf dengan negara luar,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda