Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePerak

Royal Belum Drag 2018 Gerik

By 26 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto : Muhammad Amizan (Hulu Perak)

 

GERIK, 26 Feb (Malaysiaaktif) – 2000 pengunjung terdiri daripada golongan belia khususnya di sekitar daerah Gerik menyaksikan Penganjuran kali pertama, Royal Belum Drag atau sinonimnya RBD 2018.

Acara yang diadakan selama dua hari ini bermula Sabtu hingga Ahad lepas, bertempat di Lapangan Terbang Tentera, Gerik.

Pelbagai akitiviti menarik seperti perlumbaan  motorsikal, gerai jualan barangan motorsikal, gerai-gerai makanan dan minuman serta “car booth sale” turut diadakan di program anjuran Pertubuhan Permotoran Gabungan Anak Utara dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Gerik ini.

WhatsApp Image 2018-02-26 at 15.39.58

Selain itu, cabutan bertuah menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung kerana menawarkan hadiah cabutan berupa lima buah helmet setiap satu bernilai RM200, dan juga sepuluh utas jam tangan setiap satu bernilai RM100.

Menurut Setiausaha Pertubuhan Permotoran Gabungan Anak Utara, Mohd Isa bin Abd Ghani tujuan utama RBD 2018 adalah untuk mengeratkan hubungan belia-belia kawasan parlimen Gerik yang mempunyai hobi dan minat yang sama dalam dunia permotoran dan seterusnya dapat mengelakkan aktiviti lumba haram di kalangan golongan belia ini.

Pada perasmian penutup program, yang di rasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Hj Aznel Ibrahim mewakili Ahli Parlimen Gerik, dalam ucapannya berkata, “Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman telah meluluskan peruntukkan untuk RBD 2018 dan akan menjadikan RBD ini sebagai cara tahunan.”

WhatsApp Image 2018-02-26 at 14.50.45Beliau menambah,”RBD ini mampu menggalakkan golongan penunggang motorsikal ke arah aktiviti permotoran yang positif dan bebas dari gejala yang tidak sihat.”

Pengerusi Majlis Belia Gerik, Abdul Halim Ramlan, 30, pula berkata, “penganjuran acara sebegini sangat bagus kerana dapat menarik golongan belia untuk berkumpul bersama-sama, malah dapat mengeratkan lagi hubungan anatara pemimpin dengan golongan belia.”

Menurut seorang pengunjung, Nor Azreen Khasim, 25, ”pengumuman acara RBD ini sebagai acara tahunan dilihat sebagai petanda positif yang dapat mengumpulkan belia-belia yang mempunyai minat dalam permotoran.”

Program ini turut dihadiri oleh Adun Temenggor, Salbiah Mohammed.

 

  • MRR

 

Tinggalkan komen anda