Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Majlis Tautan Kasih Rai 200 Saudara Baharu

By 26 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Uraidah Zetti Md. Arifin & Syukri Ibrahim(Kemaman)

KEMAMAN, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Hampir 200 pengunjung bersama-sama meraikan Majlis Tautan Kasih Tahun Baharu Cina Saudara Kita Daerah Kemaman, di dewan Dato’ Sri Amar, di sini.

Menurut pengerusi Persatuan Persaudaraan Islam Daerah Kemaman, Fatimah Fadhilah Rajeswary dari Kampung Fikri, beliau berterima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis dan secara tidak langsung boleh mengeratkan hubungan antara semua mualaf yang ada.

Fatimah (berdiri kiri) berterima kasih kepada  yang hadir memeriahkan majlis Tautan Kasih Tahun Baharu Cina Saudara Kita di dewan Dato' Sri Amar.

Fatimah (berdiri kiri) berterima kasih kepada yang hadir memeriahkan majlis Tautan Kasih Tahun Baharu Cina Saudara Kita di dewan Dato’ Sri Amar.

“Kita adalah sama pada pandangan manusia tetapi yang membezakan kita hanyalah keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,” ujarnya.

Majlis telah dirasmikan oleh bekas Ahli Dewan Undanfan Negeri Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera, dan beliau turut berbangga dengan keharmonian kaum di daerah ini.

“Dengan keharmonian yang wujud menjadikan kita dapat memahami dan mempelajari adat budaya masyarakat Cina,” ujarnya.

Majlis anjuran Persatuan Persaudaraan Islam Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Kemaman ini turut diserikan ldengan persembahan tarian naga, pertandingan tulisan Cina serta cabutan nombor bertuah untuk pengunjung yang hadir.

-SH

Tinggalkan komen anda