Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Razif Rasmi Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri

By 28 Februari 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu tahun 1439H bersamaan 2018 Masihi membuka tirainya semalam.

Ahmad Razif merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu, semalam.

Ahmad Razif merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, mengatakan Hulu Terengganu merupakan tapak perkembangan Islam dengan penemuan batu bersurat yang membuktikan Kuala Berang menerima ajaran Islam yang terawal di negeri ini.

“Saya akan memastikan Terengganu akan mempraktikkan pentadbiran Islam dalam Kerajaan Negeri Terengganu berlandaskan Maqasid Syariah,” katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah Peringkat Negeri Terengganu di sini semalam.

Hulu Terengganu dipilih sebagai tuan rumah kali ini dan Waterfront Kuala Berang menjadi tapak pelaksanaan program berkenaan.

Seramai 16 Qari dan Qariah dari lapan daerah menyertai pertandingan kali ini.

-SH

Tinggalkan komen anda