Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

KOSPEN Ke Arah Masyarakat Sihat dan Cergas

By 1 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman telah memperkenalkan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) PLUS mulai Februari lalu di mana matlamat utama program ke arah masyarakat Kemaman yang sihat dan cergas.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Anuar Abd. Rahman, antara pengisian utama adalah senaman pagi yang terbuka kepada semua kakitangan termasuk orang awam.

Program ini merupakan inisiatif dalam merancakkan budaya hidup sihat.

Program ini merupakan inisiatif dalam merancakkan budaya hidup sihat.

“Program ini merupakan salah satu inisiatif jabatan kesihatan dalam merancakkan budaya hidup sihat dalam komuniti dan salah satu modus operandi adalah dengan melatih sukarelawan KOSPEN di peringkat kampung.

“KOSPEN akan membuat pemeriksaan kesihatan dalam alangan penduduk kampung seperti pemeriksaan asas tekanan darah, dan untuk memberikan mereka lebih keyakinan, latihan dan alatan dari pejabat kesihatan akan bekalkan,” katanya di Padang Astaka, Taman Chukai, di sini.

Sehingga kini terdapat 83 KOSPEN di Kemaman.

Selain senaman, kakitangan kesihatan akan turut menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan kepada masyarakat setempat.

Masyarakat di bandar Chukai menyambut baik program ini, kemeriahan Taman Chukai sebagai lokasi utama menjalankan aktiviti senaman warga di bandar ini khususnya pada waktu petang.

-SH

Tinggalkan komen anda