Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

CTC Beri Kemudahan Kepada Rakyat

By 3 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Sukri Ismail (Machang)

MACHANG, 3 Mac (Malaysiaaktif) – CTC atau Pusat Transfomasi Komuniti Bergerak di Sekolah Kebangsaan Tok Bok, di sini merupakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memberi kemudahan kepada rakyat.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata Program CTC bergerak ini merupakan program bergerak merentasi sempadan.

Jazlan ketika melawat tapak penyerahan cermin mata percuma anjuran Puteri UMNO.

Jazlan ketika melawat tapak penyerahan cermin mata percuma anjuran Puteri UMNO.

“Program ini dapat memberi penerangan kepada rakyat, bertindak sebagai platform menghubungkan rakyat.

“Dengan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, orang ramai dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan cepat dan menjimatkan masa,” ujar Jazlan ketika merasmikan program tersebut di sini hari ini.

Pelbagai agensi kerajaan menyertai program ini seperti Pejabat Kesihatan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Giat MARA, Jabatan Pendaftaran Negara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Akauntan Negara dan agensi-agensi lain.

Pada masa sama turut berlangsung program
penyampaian cermin mata percuma bagi mereka yang rabun dekat yang dikendalikan Puteri UMNO Bahagian Machang untuk Dewan Undangan Negeri Kemuning, Pulai Chondong dan Temangan.

-SH

Tinggalkan komen anda