Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePerak

Arena Pekan Selasa Batu Kurau Siap Dibina

By 3 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: Siti Norzila Dolah (Larut Matang)

LARUT, 3 Mac, (Malaysiaaktif) – 50 peniaga di Pekan Batu Kurau kini boleh menarik nafas lega dengan terbinanya Arena Pekan Selasa Batu Kurau yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini.

Hamzah turut menyatakan pembinaan arena itu diharap dapat menyelesaikan masalah peniaga yang sebelum ini tidak mempunyai tempat meniaga yang khusus untuk menjual jualan dan juga hasil tanaman mereka.

Orang ramai yang membanjiri astaka yang baharu beroperasi hari ini.

Orang ramai yang membanjiri astaka yang baharu beroperasi hari ini.

Pada majlis sama beliau turut mengumumkan peruntukan untuk membina sebuah lagi arena di kawasan tersebut.

“Peruntukkan sebanyak RM250,000 akan diberikan untuk pembinaan arena kedua nanti bagi menampung jumlah peniaga yang semakin meningkat di kawasan pekan tersebut,” katanya lagi.

Pengumuman itu disambut baik Pengerusi Koperasi Pasar dan Perniagaan Batu Kurau Berhad, Tajudin Ibrahim, kerana masalah mereka telah diselesaikan.

“Masalah dihadapi sejak bertahun yang lalu telah diselesaikan dengan kerjasama ahli parlimen kerana mereka pernah memohon untuk mendapatkan tapak perniagaan namun permohonan mereka tidak diendahkan.

“Kini apabila Ahli Parlimen Larut yang juga merupakan Menteri KPDNKK meluluskan pembinaan arena ini, kami amat bersyukur dan berharap dapat memberi keselesaan kepada pengunjung dan peniaga, ujarnya.

Pembinaan arena ini juga membuktikan kerjasama yang erat antara Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau dan ahli parlimen yang sentiasa mengenal pasti dan menunaikan janji kerajaan dalam membantu rakyat.

Sharifah (kiri) dan Rosemah (tengah) menyambut baik pembinaan astaka ini.

Sharifah (kiri) dan Rosemah (tengah) menyambut baik pembinaan astaka ini.

Menurut Sharifah Abdul Rahman, 57, dari Kampung Changkat Madrasah, Pekan Selasa Batu Kurau telah lama beroperasi sejak zaman kanak-kanaknya lagi.

“Pasar Pekan Selasa amat popular dalam kalangan anak jati Batu Kurau. Pasar ini akan menjadi sesak apabila menjelangnya musim perayaan dan cuti sekolah kerana anak-anak yang pulang ke sini tidak akan melepaskan peluang mengunjungi Pekan Selasa ini setiap kali pulang ke Batu Kurau.

“Jika sebelum ini peniaga perlu menyediakan khemah sendiri, kini mereka hanya perlu menyediakan kelengkapan barang jualan sahaja,” jelasnya.

Menurut seorang pengunjung, Rosemah Hashim, 62, dari Kampung Titi Kasai Tengah, turut bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menyediakan kemudahan arena perniagaan ini.

“Jika sebelum ini, terdapat peniaga yang menjalankan perniagaan beralaskan tikar dan apabila turunnya hujan tempat berniaga mereka akan basah.

“Kini mereka dapat menjalankan peniagaan dengan lebih selesa. Dengan adanya arena ini pelbagai aktiviti boleh dijalankan dan memberi keselesaan kepada pengunjung,” katanya ketika ditemui di sini.

Kebanyakan peniaga di pasar ini terdiri daripada warga asing yang telah menjadi penduduk tetap di sini.

Turut disampaikan ketika program tersebut penyampaian sumbangan wang tunai kepada koperasi-koperasi terpilih.

-SH

Tinggalkan komen anda