Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Masyarakat Cina Meriahkan Dikir Barat di Machang

By 4 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Azmi Abd. Rahman (Machang)

MACHANG, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Program dikir barat anjuran Komuniti 1Malaysia (K1M) Cina Kampung Mata Ayer, di sini meriah dengan kehadiran sekitar 500 penduduk setempat di Tokong Cina kampung tersebut semalam.

Pengerusi K1M Cina Kampung Mata Ayer, Quek Eh Hak menyatakan program dikir barat bersempena dengan sambutan perayaan Cap Goh Meh diadakan di atas permintaan masyarakat setempat.

“Aktiviti berbentuk hiburan sememangnya amat ditagih memandangkan ianya semakin ketandusan khususnya di sekitar kampung ini.

Eh Hak (kanan) sempena program dikir barat di Kampung Mata Ayer, di sini semalam.

Eh Hak (kanan) sempena program dikir barat di Kampung Mata Ayer, di sini semalam.

“Persembahan Dikir Barat yang ditampilkan sebenarnya bukannya berpaksikan elemen hiburan semata-mata, sebaliknya di dalam lirik yang disampaikan turut menyelitkan unsur nasihat serta maklumat semasa. Dengan ini penonton mendapat hiburan yang bermaklumat,” katanya ketika berucap sempena program tersebut, di sini.

Menurut Eh Hak lagi, program ini bukan sahaja disertai masyarakat Cina malah masyarakat Melayu yang berada di sekitar kampung berdekatan turut serta.

“Senario ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti kebudayaan berbentuk hiburan mampu menjadi platform untuk menyatukan pelbagai kaum,” ujarnya lagi.

Sementara itu, salah seorang penonton, Yap Ah Chew, yang hadir bersama seluruh ahli keluarganya melahirkan rasa amat berpuas hati dengan program ini.

“Program berbentuk hiburan sudah lama tidak diadakan di kampung kami. Sepatutnya program seumpama ini perlu diadakan dengan lebih kerap bagi memberi hiburan kepada masyarakat dan merapatkan lagi hubungan di antara satu sama lain,” katanya.

Orang ramai yang hadir pada program tersebut turut mendapat maklumat tentang isu-isu semasa yang disampaikan oleh pendikir ketika persembahan berlangsung.

-SH

Tinggalkan komen anda