Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanRencana & PendapatViral

Pengakap Wanita Malaysia Mula di Labuan 1968

By 5 Mac 2018Tiada komen3 minit bacaan

 

Ā Laporan dan Foto oleh: M. Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN 5 Mac (Malaysiaaktif) ā€“ Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) pada asalnya merupakan pergerakan untuk pelajar lelaki dan perempuan yang berumur antara sembilan hingga 17 tahun serta menjadi sebahagian daripada pergerakan pengakap global dan ahli pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM).

Semenjak Labuan menjadi daerah bersendirian (Independent District) pada 1959, pergerakan pengakap mula berkembang dengan pertambahan keahlian menjadi 300 orang yang terbahagi kepada enam kumpulan.

Pergerakan Pengakap Labuan mencatat sejarah tersendiri apabila kemunculan pelajar perempuan dalam Pergerakan Pengakap di Malaysia yang pertama dapat dikesan pada 1968.

Gambar kenangan pembabitan awal Pergerakan Pengakap Perempuan Labuan, Rosnah (berdiri paling bawah, dua dari kiri), JamiahĀ  (berdiri paling bawah, tiga dari kiri), Dayang (berdiri paling bawah, empat dari kiri), AlimahĀ  (berdiri paling bawah, lima dari kiri) dan Jamilah (berdiri paling bawah,paling kanan)Ā 

Gambar kenangan pembabitan awal Pergerakan Pengakap Perempuan Labuan, Rosnah (barisan depan, dua dari kiri), JamiahĀ  (barisan depan, tiga dari kiri), Dayang (barisan depan, empat dari kiri), AlimahĀ  (barisan depan, lima dari kiri) dan Jamilah (barisan depan, paling kanan)

Lima pelajar perempuan Sekolah Kerajaan Inggeris Labuan, Datuk Jamilah Sulaiman, Datin Dayang Pungut Abdul Jalil, Alimah Salleh, Jamiah Mohd Zin, dan Allahyarhamah Rosnah Ibrahim yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Daerah, Allahyarham Ibrahim Ismail, menjadi Pergerakan Pengakap perempuan pertama bagi PPM.

Menurut Dayang, mereka berlima pada waktu itu memang sepakat untuk menyertai Pergerakan Pengakap kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar.

“Mulanya Pengakap Labuan hanya dianggotai oleh ahli lelaki tetapi atas dorongan Pesuruhjaya Pengakap Daerah ketika itu dan kemahuan yang kuat kami nekad untuk turut serta dalam Pengakap.

“Walaupun pada awalnya kami terima ejekan seperti ‘tomboy’ dan ‘budak nakal’ namun kami tetap teruskan dan cekalkan hati mengaktifkan diri dalam Pergerakan Pengakap.

“Yang seronoknya kami terus pakai pakaian seperti apa yang dipakai oleh Pengakap lelaki dan seluar panjang bell bottom,ā€ katanya.

Para perintis awal Pergerakan Pengakap Perempuan dari Labuan, Kelantan (1970) dan Johor (1972) bertemu dalam Forum "Sumbangan Pengakap Wanita Malaysia di Peringkat Antarabangsa"

Para perintis awal Pergerakan Pengakap Perempuan dari Labuan, Kelantan (1970) dan Johor (1972) bertemu dalam Forum Sumbangan Pengakap Wanita Malaysia di Peringkat Antarabangsa

Jelas Dayang, ā€œKami berjaya mengikuti dengan jayanya semua aktiviti yang dilakukan ahli pengakap lelaki seperti ‘fire camp’, pelbagai cabaran rentas halangan dan mengikuti Jambori Pengakap di dalam dan luar negeri seperti di Brunei Darussalam, Selangor dan Tambunan, Sabahā€.

Tambahnya, sejak mengikuti Pergerakan Pengakap dia banyak bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kesukarelaan seperti program gotong-royong, khidmat bantu semasa sukan, kempen derma darah dan khidmat sukarela semasa bencana alam.

“Hasil kesungguhan kami berlima, dalam tempoh satu tahun lebih selepas itu lebih ramai pelajar perempuan yang berminat dan terbuka hati menyertai Pergerakan Pengakap dan terus berkembang sehingga ke hari ini,” katanya lagi.

Peserta Bengkel dari Johor , Norshidah Abdul Hamid ( paling kiri) , Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Hal Ehwal Wanita), Normah Mohd Yusof (dua dari kiri), Dayang Pungut (dua dari kanan) dan peserta dariĀ Kelantan, Noriah Abdullah ( paling kanan) memotong kek sambutanĀ Sambutan Jubli Emas Pergerakan Pengakap Perempuan di Malaysia (1968-2018)

Peserta Bengkel dari Johor , Norshidah Abdul Hamid (paling kiri), Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Hal Ehwal Wanita), Normah Mohd Yusof (dua dari kiri), Dayang Pungut (dua dari kanan) dan peserta dariĀ Kelantan, Noriah Abdullah (paling kanan) memotong kek sambutanĀ Sambutan Jubli Emas Pergerakan Pengakap Perempuan di Malaysia (1968-2018)

Dayang yang kini menjawat Naib Pengerusi II, Majlis Pengakap Negeri turut menasihati ahli-ahli Pergerakan Pengakap terutamanya di Labuan agar berpengakap mengikut landasan yang ditetapkan dan mengikuti aktiviti yang mencabar di samping sentiasa menjaga imej sebagai seorang wanita.

Dayang berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Perasmian Bengkel Memperkasakan Pengakap Perempuan dan Kepimpinan Pengakap Wanita di Malaysia Peringkat Kebangsaan dan Sambutan Jubli Emas Pergerakan Pengakap Perempuan di Malaysia (1968-2018) yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Para ahli Pengakap Perempuan SK Kerupang mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama Mohd Zin,Ā  Hong Heng CheeĀ  dan Normah

Para ahli Pengakap Perempuan Sekolah Kebangsaan Kerupang mengambil kesempatan bergambar kenangan bersama Mohd Zin, Hong Heng Chee dan Normah

Bengkel yang disertai 78 peserta dari seluruh negara itu bertujuan meningkatkan imej kepengakapan dan pembangunan pemimpin Pengakap Wanita disemua peringkat dengan berpegang teguh kepada aspirasi PPM untuk melahirkan generasi penerus yang memikul tanggungjawab sebagai model utama penjana jati diri bangsa Malaysia yang cemerlang.

Sementara itu, bengkel selama tiga hari itu diisi dengan pelbagai pengisian antaranya Sesi Ceramah, Forum dan Bengkel Strategi Pergerakan Pengakap selain lawatan ke Sekolah Kebangsaan Kerupang, Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara, Desa Tunas Hijau dan kilang pemprosesan ikan bilis.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mej. Jen. Prof Dato Dr. Mohd Zin Bidin (dua dari kanan) menerima cenderakenangan semasa membuat lawatan ke SK Kerupang, W.P Labuan

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mej. Jen. Prof Dato DrĀ  Mohd Zin Bidin (dua dari kanan) menerima cendera kenangan semasa membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan

Persekutuan Pengakap Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan kini dipimpin oleh Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri, Datuk Seri Mohd Alias Abdul Rahman dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Hong Heng Chee.

– AH

Tinggalkan komen anda