Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePerak

Kompleks Sukan Tapah Kini Dibuka

By 5 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto: Faizzad Kamal & Zamri Abu (Tapah)

TAPAH, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Kompleks Sukan Tapah secara rasminya dibuka kepada orang ramai selepas dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin, semalam.

Kompleks bernilai RM11 juta itu dibina bagi kemudahan penduduk kawasan Parlimen Tapah.

Khairy yang berpuas hati dengan mutu dan kualiti pembinaan kompleks berkenaan berkata, kompleks itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan yang mengambil kira semua keperluan bagi melahirkan atlet sukan negara.

Khairy ketika nerasmikan Kompleks Sukan Tapah, di sini semalam.

Khairy ketika nerasmikan Kompleks Sukan Tapah, di sini semalam.

“Pembinaan Kompleks Sukan Tapah fasa pertama menyediakan kemudahan sukan seperti dewan serbaguna yang boleh menempatkan tiga gelanggang badminton, satu gelanggang bola jaring dan kafeteria,” ujarnya dalam sidang media sejurus selepas majlis perasmian di Tapah Road.

Beliau turut mengumumkan fasa kedua kompleks tersebut yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, meliputi pembinaan astaka di padang bola yang menyediakan 500 kerusi penonton dan trak larian balapan sintetik.

“Kita mahu menyediakan semua kemudahan olahraga supaya segala kejohanan sukan Majlis Sukan Negara (MSN) dapat dijalankan di sini,” katanya.

Kompleks Sukan Tapah berkeluasan 12.56 ekar di Mukim Batang Padang ini mengambil masa 22 bulan bagi proses pembinaan telah siap sepenuhnya pada Disember 2017 untuk fasa pertama.

Tambah Khairy, kemudahan bagi penyediaan penghawa dingin di dalam dewan kompleks akan disegerakan agar acara Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 bagi kejohanan remaja lawan pedang dapat dianjurkan di kompleks tersebut.

Selain itu, kompleks berkenaan turut menyediakan kemudahan gelanggang futsal dengan spesifikasi FIFA, padang bola sepak, kafeteria dan pejabat pengurusan kompleks di bawah seliaan Pejabat Belia dan Sukan Batang Padang.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M. Saravanan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan, dan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

-SH

Tinggalkan komen anda