Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

MYV Bersihkan Kawasan Dilanda Banjir

By 6 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Remmy Sukup (Sarawak)

MUKAH, 6 Mar (Malaysiaaktif) – Mukah Youth Volunteer (MYV) sebuah badan amal yang dianggotai golongan belia dengan kerjasama daripada beberapa pertubuhan lain di Mukah telah menyelesaikan misi gotong-royong pembersihan kawasan pasca banjir yang melanda di beberapa tempat di sekitar kawasan Balingian, Dalat  dan Tellian baru-baru ini.

MYV yang diketuai Pengerusi Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, Royston Valentine, telah membersihkan beberapa kawasan terjejas banjir di sekitar kawasan ini.

MYV turut membersihkan Dewan Sri Belida di Kampung Teh.

MYV turut membersihkan Dewan Sri Belida di Kampung Teh.

“Selain Sekolah Kebangsaan (SK) Parish Balingian, kami turut membersihkan gelanggang futsal 1Malaysia Kampung Masjid Balingian, Dewan Masyarakat Kampung Sesok, Dewan Sri Belida, dan Perpustakaan Desa Kampung Teh Mukah.

“Selain itu, Dewan Masyarakat Kampung Sau Mukah,  Dewan Terbuka SK St. John, Kampung Medong Dalat, SK Kampung Jebungan Mukah, dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ek Hua, turut kami santuni,” katanya ketika ditemui semasa program tersebut.

Menurut Royston lagi, sepanjang aktiviti kerja pembersihan sukarela tersebut, MYV turut mendapat bantuan daripada  Jabatan Bomba dan Penyelamat Mukah, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Kawasan RukunTetangga, pihak pengurusan lembaga sekolah, ibu bapa serta guru-guru di tempat gotong-royong tersebut.

“Selain di bangunan-bangunan sekolah, kami turut menjalankan kerja pembersihan di bangunan prasekolah, Masjid Haji Bujang, serta  Balai Raya Kampung Baru Balingian,” ujarnya lagi.

Tinggalkan komen anda