Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Pendedahan Awal Keselamatan Kebakaran Cegah Risiko Maut

By 6 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Robani Nabi Ahmad & Nor Fadzlina Ahmad Fadzli (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Pendedahan awal berhubung keselamatan kebakaran di kediaman dan premis dalam kalangan masyarakat adalah penting bagi membolehkan tindakan proaktif diambil untuk melindungi nyawa dan harta benda daripada risiko berlaku perkara tidak diingini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), PPjB Nazili Haji Mahmood berkata JPBM akan secara berterusan memberi pendidikan kepada umum dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan budaya mencegah kebakaran.

Zawawi yang turut hadir sempena majlis hari ini.

Zawawi yang turut hadir sempena majlis hari ini.

Menurut Pegawai Bomba Kanan 11, Mohd Zawawi Yusoff, masyarakat perlu peka dengan keadaan persekitaran agar tiada kejadian tidak diingini berlaku dan menjadi barisan hadapan bagi mencegah kebakaran.

“Dengan adanya kempen seumpama ini, ia secara tidak langsung memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada penduduk di kawasan kejiranan terhadap kepentingan dan tindakan sebagai respondan pertama,” ujarnya yang ditemui ketika program Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Peringkat Zon Kota Bharu JBPM Peringkat Negeri Kelantan, hari ini.

Sementara itu, Salina Yaacob, 40, usaha JBPM mengadakan program sebegini adalah untuk mendidik masyarakat mengenai pentingnya mempelajari langkah pencegahan kebakaran.

“Melalui program ini, ia memberi kesedaran daripada memiliki sindrom 3L iaitu lalai, leka dan lupa yang sering berlaku dalam kalangan kita ketika ingin meninggalkan rumah,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda