Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Silang Budaya Dekatkan Hubungan Pelajar-Guru

By 7 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Aneta Ahmad (Kemaman)

KEMAMAN, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Cetusan idea guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SMKSI), Chukai meraikan 302 pelajar berbangsa Cina dalam Program Silang Budaya Meraikan Tahun Baru Cina di Dewan SMKSI, wajar dipuji.

Pengetua SMKSI, Hamidah Hassan berkata program ini adalah untuk membuatkan pelajar sentiasa ceria dan sayangkan sekolah.

“Aktiviti ini dilaksanakan untuk memperlihatkan secara langsung budaya antara kaum dan perasaan saling perlu memerlukan. Pelajar akan lebih berminat untuk belajar serta gembira apabila diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan yang ada pada diri mereka.

Sebahagian daripada pelajar yang memeriahkan sambutan program di sini, semalam.

Sebahagian daripada pelajar yang memeriahkan sambutan program di sini, semalam.

“Sifat berani dan yakin membuat sesuatu yang positif untuk dikongsi bersama adalah penting dalam diri pelajar. Program ini dilaksanakan untuk menonjolkan bakat, kepimpinan dan berani berhadapan di luar sana,” katanya ketika ditemui semalam.

Program dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman mengenai kebudayaan dan tradisi yang ada di Malaysia serta mengeratkan hubungan antara kaum.

Hampir 1,000 pelajar yang hadir  terpegun dengan bakat yang dipamerkan oleh rakan-rakan mereka dan gembira kerana inilah kali pertama kelainan dibuat dalam aktiviti yang berkaitan dengan perayaan utama negara.

Wakil Pegawai Pendidikan Daerah, Mahazan Hamzah berkata program seumpama ini perlu kerap dilaksanakan bagi mendedahkan pelajar dengan perpaduan antara kaum.

“Pelajar kita biasa lambat untuk menyesuaikan diri apabila berada di luar sekolah lebih lagi bila berada dalam kalangan pelajar yang berlainan bangsa dan agama,” ujarnya.

-SH

 

Tinggalkan komen anda