Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Orang Ramai Serbu Jualan Murah Pasir Mas

By 8 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Yuslina Ibrahim (Pasir Mas)

PASIR MAS, 8 Mac (Malaysiaaktif) – Jualan murah yang diadakan di Dewan Undangan Negeri Meranti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai yang berpusu-pusu bagi mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang murah.

Mohd Kamal Razali, 23 tahun, yang bekerja sendiri, gembira dengan pendekatan yang diambil kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat biarpun di tempat yang ditadbir pembangkang.

Orang ramai beratur untuk mendapatkan bekalan daging segar.

Orang ramai beratur untuk mendapatkan bekalan daging segar.

“Saya terharu kerana kerajaan prihatin dengan masalah rakyat yang terbeban dengan harga barang makanan yang semakin mahal dan peluang seperti ini tidak seharusnya dilepaskan,” katanya sempena Program Jualan Murah di tapak pasar pagi Kampung Meranti, di sini.

Antara barangan yang mendapat sambutan ialah gula, minyak, daging dan ayam. Harga yang ditawarkan pada hari ini jauh lebih murah menyebabkan pihak peniaga terpaksa meminta orang ramai untuk beratur supaya keadaan lebih terkawal dan teratur.

Bagi seorang surirumah, Salina Mansoor, 31, beliau sanggup datang ke tapak jualan seawal pagi bagi mengelakkan kehabisan barang jualan kerana sambutan yang diterima pada jualan sebelumnya sangat menggalakkan.

“Saya tidak kisah beratur panjang untuk membeli daging kerana harga di sini jauh lebih murah Saya sudah berada di tapak jualan seawal pukul 8.00 pagi kerana teruja untuk menikmati harga rendah yang ditawarkan oleh peniaga,” ujarnya ketika ditemui hari ini.

Salina turut mengharapkan agar kerajaan dapat mengadakan jualan seperti ini secara berkala agar rakyat dapat menfaatnya secara berterusan.

“Terima kasih kepada kerajaan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang menganjurkan program yang berfaedah seperti ini. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang,” tambahnya lagi.

– SH

Tinggalkan komen anda