Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Pembangunan Islam Tidak Pernah Diketepikan

By 9 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohamad Anizan Mat Daud (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis dialog Pembangunan Islam di Malaysia hari ini yang bertujuan menjelaskan peranan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa berusaha ke arah pembangunan Islam diadakan di sebuah hotel di sini dengan kehadiran lebih 3000 peserta.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustafa Mohamed berkata  kerajaan hari ini akan terus bertekad memperjuangkan agenda pembangunan Islam.

Antara peserta program yang hadir pada sesi dialog kali ini.

Antara peserta program yang hadir pada sesi dialog kali ini.

“Kerajaan akan teguh berpegang dengan prinsip ‘Maqasid Syariah’ dan ‘prinsip Wasatiyyah’, yang mana ianya merupakan asas kepada kejayaan negara yang ditunjangi  oleh pelbagai kaum dan agama,” katanya yang ditemui hari ini.

Sementara itu Datuk Dr. Asyraf Wajdi, selaku panel dialog berkata Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan secara jelas bahawa Islam adalah agama persekutuan dan agama-agama lain adalah bebas untuk bangsa-bangsa lain yang ada di negara ini.

“Penegasan Malaysia bukanlah sebuah negara sekular, kerana negara ini telah diakui oleh negara-negara Islam lain khasnya Negara Arab yang mana, Malaysia merupakan negara yang berlandaskan Islam dan berada pada posisi yang jelas.

“Negara berpegang kepada prinsip ‘Ta’ayush’ yang bermaksud mengkaji hokum-hakam sesebuah negara yang merangkumi kepelbagaian kaum dan agama seperti Malaysia. Dasar- dasar pembangunan Islam juga diterapkan dan telah lama subur di negara ini sejak kepimpinan awal negara yang diterajui oleh Tun Abdul Rahman Putra Al Haj lagi,” ujarnya.

Sakri menyifatkan keupayaan untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan adalah penting.

Sakri menyifatkan keupayaan untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan adalah penting.

Menurut Asyraf lagi negara telah mewujudkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara yang merangkumi bidang Tahfiz Sains, Tahfiz Turath, Tahfiz Kemahiran dan Tahfiz Dini untuk bidang pendidikan Islam negara.

“Begitu juga dalam bidang ekonomi, pembangunan, sosial, pentadbiran dan keseluruhannya,” tambahnya lagi ketika sesi dialog berlangsung.

Sementara itu, seorang peserta dialog, Sakri Mohammad 52, keupayaan untuk menangkis segala tohmahan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab adalah amat penting.

“Kesedaran bahawa negara berada pada garis panduan yang tepat adalah penting bagi setiap warga untuk memantapkan dan seterusnya menangkis tohmahan yang dilemparkan sesetengah pihak agar maruah agama dan negara dapat dibela,” jelasnya.

-SH

Tinggalkan komen anda