Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Pasar Tani Kekal Kulim Dibuka

By 12 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh Sarah Abdul Halim
& Mahrani Mohamad

KULIM, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Pasar Tani Kekal Kulim yang bernilai RM 2.2 juta kini dibuka secara rasminya kepada umum bermula semalam.

IMG-20180312-WA0066

Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) Daerah Kulim, Mohd Nazri Ismail berkata, sambutan pada hari pertama pembukaan amat menggalakkan kerana para peniaga menawarkan harga yang paling rendah dan diskaun Jualan Barangan Dapur sebanyak 5 hingga 25 peratus.

IMG-20180312-WA0064

Pasar Tani yang mula beroperasi sejak pukul tujuh pagi tadi mendapat sambutan yang tidak diduga dan dijangkakan lebih 3000 orang yang mengambil peluang datang ke sini untuk mendapatkan barangan keperluan harian mereka dengan harga rendah dari pasaran semasa.

“Pasar Tani ini menyediakan pelbagai jenis barang keperluan dapur kering dan basah dan dibuka setiap hari dari pukul tujuh pagi sehingga satu tengah hari”, kata Mohd Nadzri.

IMG-20180312-WA0065

Tambah beliau lagi, kewujudan pasar tani ini juga memberi peluang kepada peniaga terutamanya petani membuat jualan terus dari ladang kepada pengguna tanpa melibatkan orang tengah.

Sehubungan itu para peniaga tetap mendapat keuntungan walaupun menawarkan harga yang lebih rendah.

Kadar sewa bagi tapak untuk berniaga pula sangatlah relevan dan mampu bagi petani kecil dengan harga RM 5.00 sehari hari bagi setiap tapak.

Pasar Tani Kekal ini juga mempunyai 76 lot niaga yang terdiri daripada 18 lot niaga basah dan 58 lot niaga kering dan kesemuanya sudah diisi peniaga.

Sementara itu, petani kontrak FAMA, Hasnizan Shaari, 41, gembira kerana diberi ruang untuk memasarkan hasil pertaniannya secara terus kepada pengguna.

“Sebelum ini saya jual kepada FAMA, tapi bila dapat ruang niaga ini saya dapat jual terus kepada pengguna dan pendapatan saya juga meningkat kerana saya jual mengikut harga pasaran runcit bukan lagi harga borong.

IMG-20180312-WA0063

Akan tetapi saya masih memastikan hasil pertanian dijual dengan harga lebih murah berbanding pasaran dan lebih segar”, katanya.

Menurut salah seorang pembeli, Habsah, 37, sebelum ini Pasar Tani Kulim beroperasi, jualan diadakan secara terbuka di padang Kulim dan kurang selesa dari segi kemudahan kepada peniaga dan pengunjung.

Dengan adanya Pasar Tani Kekal ini memudahkan dan menarik minat para pengunjung untuk datang mendapatkan barangan keperluan harian mereka.

– MRR

Tinggalkan komen anda