Sekolah Agama Kerajaan Johor Menongkah Arus Moden Dunia

IMG-20180312-WA0070

 

Laporan & Foto Oleh : Mohamed Hirsham Azmi

 

BENUT, 11 Mac (Malaysiaaktif) – “Suatu hari nanti kita akan lihat anak-anak hanya membawa komputer riba ataupun peranti tablet ke sekolah agama”.

Ini kerana semua kitab-kitab akan didigitalkan dan menjadikan sistem pembelajaran Agama Islam di Johor jauh lebih baik daripada sistem pembelajaran sekolah kebangsaan yang sedia ada,” kata Exco Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Negeri Johor, Datuk Ir. Hj Hasni Hj. Mohamad.

Datuk Ir. Hasni sedang diberikan penjelasan tentang projek membangunkan bangunan sekolah agama di daerah Pontian

Datuk Ir. Hasni sedang diberikan penjelasan tentang projek membangunkan bangunan sekolah agama di daerah Pontian

Ujarnya lagi, Kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar Johor amat komited dan meletakkan agenda meningkatkan infrastruktur pendidikan Agama Islam selari dengan kemajuan yang telah di gariskan dalam Agenda Digital Johor.

“Pengaplikasian sistem pendidikan yang moden ini sudah tidak boleh ditolak dan dielak kerana kita sedang berada di dalam dunia yang sedang pesat pembangunan teknologinya dan atas dasar itu Dekad Baharu Johor ini mampu merialisasikan pembangunannya di negeri ini.

“Seharusnya usaha memartabatkan pendidikan Islam di Negeri Johor ini perlu diambil sebagai satu pendekatan untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh Rakyat Johor kepada kerajaan dan buktinya sebanyak 95 buah sekolah agama telah siap dan sedang dibina termasuk lima buah sekolah agama di Parlimen Pontian ini,” ujar beliau.

Pada majlis itu, Hasni menyerahkan replika kunci kepada lima guru besar Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) sebagai simbolik penyerahan blok bangunan sekolah yang telah siap dibina oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) hari ini.

Ucapan perasmian oleh Datuk Ir. Hj Hasni di Majlis Penyerahan Kunci fasa 1-4 di SAKJ Seri Semangat, Benut.

Ucapan perasmian oleh Datuk Ir. Hj Hasni di Majlis Penyerahan Kunci fasa 1-4 di SAKJ Seri Semangat, Benut.

Lima buah sekolah yang menerima serahan kunci adalah SAKJ Seri Semangat, SAKJ Parit Semerah, SAKJ Parit Patah, SAKJ Jaya Mulia, SAKJ Seri Anom.

Menurut Guru Besar SAKJ Seri Anom, Normah Ahmad Satibi, dengan inisiatif yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan kerjasama KPRJ ini membolehkan mereka memiliki bangunan sekolah dibawah pentadbiran tanpa perlu menumpang dengan sekolah kebangsaan Seri Anom.

Mereka juga bebas untuk merancang kegiatan pelajar-pelajar bersama masyarakat setempat.

Menurutnya lagi, fasiliti yang telah tersedia ini sedikit sebanyak memberikan keselesaan dan dapat membantu memberikan pengajaran dalam suasana yang kondusif.

Dia berharap fasiliti lain seperti bilik multimedia juga dapat diberikan seiring dengan azam yang telah digariskan oleh Datuk ir. Hasni sebentar tadi.

– MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...