PBSM Sasar RM40 Ribu Sempena Hari Bendera Bulan Sabit Merah

510c96fc-4d66-45df-8269-1c90a92a819a

 

 Laporan dan foto : Genda Sating (Sarawak)

KUCHING, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Kuching berharap dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM40 ribu sempena Pelancaran Hari Bendera Bulan Sabit Merah Daerah Kuching yang akan berlangsung selama sebulan mulai hari ini hingga 13 April nanti.

Naib Pengerusinya, Titus Chuo menyeru orang awam agar memberikan kerjasama dan sama-sama memberikan sumbangan kepada persatuan ini memandangkan peruntukan sedia ada masih belum mencukupi.

Tabung bagi kutipan dana sempena Pelancaran Hari Bendera Bulan Sabit Merah.

Tabung bagi kutipan dana sempena Pelancaran Hari Bendera Bulan Sabit Merah.

“Persatuan kami termasuk di peringkat sekolah akan turut mengadakan aktiviti yang sama dan beberapa pusat tumpuan orang awam sepanjang tempoh pelancaran tersebut.

“Dana ini nanti akan digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti termasuk perkhidmatan kepada masyarakat dan latihan kepada ahli-ahli baru oleh persatuan ini,” katanya semasa kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bagi Pelancaran Hari Bendera Bulan Sabit Merah Daerah Kuching, hari ini.

Dalam kunjungan ini, Ketua Menteri telah diberi penghormatan sebagai penyumbang pertama dana kepada persatuan ini bersempena pelancaran ini.

Turut hadir Pengerusi PBSM Daerah Kuching, Datuk Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zain, serta Naib Pengerusi, Dr. Chou Chii Ming.

– SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...