Ziarah Kasih Pesakit Kanser di HRPZ2

IMG-20180313-WA0050

 

 Laporan dan foto : Mohd Zamzuri Salleh & NorFadzlina Ahmad Fadzli (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad hari ini menziarahi pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ2) di sini dalam Program Ziarah Kasih Orang Kota Bharu (OKB).

Program anjuran KKMM dengan kerjasama Persatuan Orang Kota Bharu (PKOB) ini bertujuan menyantuni pesakit di hospital ini terutamanya pesakit kanser yang bukan sahaja memerlukan perhatian perubatan malah sokongan moral untuk mereka meneruskan hidup.

Sharifah Zarah (kiri) menghulurkan bantuan kepada waris dan pesakit di sini.

Sharifah Zarah (kiri) menghulurkan bantuan kepada waris dan pesakit di sini.

Menurut Sharifah Zarah, seharusnya rakyat berterima kasih di atas segala kemudahan yang disediakan dalam setiap aspek termasuklah rawatan perubatan.

“Kita patut bersyukur kepada pihak kerajaan yang telah menyediakan pelbagai kepakaran dan perubatan berteknologi tinggi dalam usaha memberi yang terbaik untuk pesakit kanser terutamanya di negeri ini,” katanya yang ditemui sempena lawatan kerjanya di sini, hari ini.

Seramai 72 orang pesakit menerima sumbangan daripada pihak kementerian dan PKOB.

Maznah terharu dengan kehadiran Sharifah Zarah yang seakan memberinya semangat untuk terus berjuang.

Maznah terharu dengan kehadiran Sharifah Zarah yang seakan memberinya semangat untuk terus berjuang.

Maznah Ahmad, 59, salah seorang pesakit kanser yang menerima rawatan di HRPZ2 menyifatkan kunjungan Sharifah Zarah memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan rawatan secara berterusan.

“Saya terharu dengan kunjungan ini kerana ianya memberi semangat kepada saya dan pesakit-pesakit kanser yang lain untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan dalam pada masa yang sama melawan penyakit kami ini,” ujarnya.

Sementara itu Hafizah Ismail, 20, waris kepada seorang pesakit kanser paru-paru mengatakan sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung keluarganya.

“Bantuan ini dapat membantu perbelanjaan perubatan ayah yang mengidap kanser paru-paru tahap 4 serta memberi kekuatan dan semangat kepada ayah dan keluarga.

“Saya amat gembira dan berterima kasih di atas sumbangan dan kunjungan ini,” katanya.

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...