Perasmian Medan Selera D’Bidara, Kuala Ketil

IMG-20180313-WA0005

Laporan dan foto Oleh : Azfariza Ismail

KUALA KETIL , 11 Mac (Malaysiaaktif) –
Sebanyak 35 unit gerai di Medan Selera Taman Desa Bidara di bawah Majlis Daerah Baling dirasmikan hari ini oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Azeez, pembinaan medan selera di bawah peruntukkan RM 1 juta ini telah diberi nama Medan Selera D’Bidara.

IMG-20180313-WA0007

Pembinaannya juga bertujuan menghimpunkan semua peniaga-peniaga yang tidak berlesen yang sebelum ini berselerak di sekitar Taman Desa Bidara di satu tempat, katanya lagi.

Bercakap ketika merasmikan medan selera ini, Azeez berkata “aspek kebersihan dan keselamatan adalah antara aspek perlu diutamakan.

Sehubungan itu, jika sebelum ini peniaga mendirikan gerai mengikut cara dan budibicara tersendiri tanpa memikirkan aspek-aspek tersebut kini dengan siapnya Medan Selera D’Bidara ini secara sendirinya kekurangan ini dapat diatasi”.

IMG-20180313-WA0004

Di dalam majlis ini beliau telah memohon kelulusan daripada Yang Dipertua Majlis Daerah Baling yang mana peniaga akan membayar hanya RM50 sebulan sewa gerai selama tempoh enam bulan pertama sebelum perlu membayar sewa pada kadar asal selepas tempoh tersebut.

Selain itu, beliau telah memberi amaran keras kepada peniaga, akan menarik balik serta merta gerai sekiranya pihak berkuasa dapat mengesan peniaga menyewakan gerainya kepada orang lain.

Pembinaan medan selera ini juga diharapkan dapat menjana ekonomi peniaga-peniaga dengan lebih baik.

Seorang pengunjung yang ditemui, Saadiah Rahman 45 berkata “pembinaan Medan Selera ini memudahkan lagi pengguna membuat pilihan makanan terbaik di bawah satu tempat”.

Manakala seorang tetamu jemputan majlis ini Aziz Ishak 54, berpendapat “usaha yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan adalah patut dipuji kerana prihatin dengan permasalahan yang berlaku di kalangan masyarakat untuk mendapatkan makanan yang lebih terjamin kebersihan dan lokasi yang lebih selesa kepada pengunjung.

Turut hadir bersama pada majljs ini ialah Pegawai Daerah Baling, Datuk Md. Suhaimie Abd Rahman, Penyelaras DUN Kuala Ketil, Datuk Mohd Khairul Azhar Abdullah, Ketua Wanita UMNO Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Ketua Puteri UMNO Baling, Suriati Che Mid, Pengerusi Veteran UMNO Bahagian Baling, Ketua-ketua Jabatan dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Baling.

– MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...