Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

36 KRT Dirai Di Rumah Terbuka

By 13 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Laporan  dan foto Oleh : Zurina Saad & Amran Mohamad Kamis

 

YAN , 12 Mac (Malaysiaaktif) – “Kebijaksanaan pemimpin sekarang dalam menyemai benih-benih perpaduan adalah kunci kejayaan dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia,” Loh Miee Fook, 62, berkongsi perasaan semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Kawasan Rukun Tetangga (KRT) peringkat Daerah Yan hari ini.

Loh Miee Fook (kiri)

Loh Miee Fook (kiri)

Dia yang tinggal di Taman Yan, datang ke Pejabat Perpaduan & Intergriti Nasional Daerah Yan bagi meraikan majlis ini.

Mengenangkan zaman pejajahan dahulu, dia merasa tersisih, kerana pada masa itu masyarakat Cina, India dan Melayu di pisahkan antara satu sama lain.

Keadaan ini menyebabkan perpaduan tidak dapat di wujudkan sehinggalah kita mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957, ujarnya.

Dia menzahirkan ucapan terima kasih dan  bersyukur kerana negara kita masih aman tanpa sebarang kekacauan dan pergaduhan kaum seperti berlaku di negara luar sana.

Program ini dimeriahkan dengan kehadiran hampir 300 ahli KRT seluruh Yan dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Guar Chempedak merangkap ECXO Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail, yang hadir dalam majlis ini berkata, “program yang dianjurkan ini amat bermakna khususnya dalam menyatu rakyat Malaysia yang berbilang kaum di dalam KRT Daerah Yan”.

WhatsApp Image 2018-03-13 at 15.39.10

Ini adalah dasar Kerajaan yang ingin rakyat Malaysia bersatu hati dalam menyambut salah satu perayaan terbesar di Malaysia iaitu Tahun Baharu Cina. Walapun kita berbilang bangsa dan agama, tetapi kita tetap merayakan perayaan tersebut dengan penuh keharmonian.

Tetamu yang hadir di hidangkan dengan pelbagai juadah istimewa dan buah limau mandirin yang menjadi tradisi masyarakat Cina dalam menyambut ketibaan Tahun Baharu Cina.

Turut hadir  Penyelaras DUN Sungai Limau, Datuk Norma Awang, , Pengarah Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) ,  Rohaizahar Jedi,  Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Yan, Ngasriza Long & Pengerusi Pemuafakatan KRT Daerah Yan, Radzi Yaakob.

 

  • MRR

Tinggalkan komen anda