Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Peranan Penerangan Penting Tingkat Kesedaran Derma Darah

By 14 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

LAPORAN: Idris Sani Saberun / FOTO: Volintine Jiloh (Sabah)

KOTA KINABALU, 13 Mac (Malaysiaaktif) –Peranan Penolong Pegawai Penerangan di Jabatan Perubatan Transfusi penting dalam meningkatkan kesedaran umum tentang menderma darah secara sukarela.

Ketua Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Queen Elizabeth II, Dr. Shahnaz Irwani Sabri berkata, untuk menerapkan kesedaran kepada masyarakat umum jabatan itu memerlukan satu pasukan promosi yang mantap.

“Di sinilah keperluan anggota Penolong Pegawai Penerangan yang bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) iaitu bagi membantu promosi kempen derma darah agar bekalan darah di Unit Tabung Darah di negeri ini mencukupi.

“Keperluan bekalan darah darah di setiap hospital amat penting terutama bagi menampung  penggunaan pesakit-pesakit Thalasemia, rawatan kecemasan dan pembedahan,” jelas beliau.

Swady (dua kiri) mendengar penjelasan daripada Shahnaz (tiga kanan) berkenaan peranan Penolong Pegawai Penerangan di JKNS.

Swady (dua kiri) mendengar penjelasan daripada Shahnaz (tiga kanan) berkenaan peranan Penolong Pegawai Penerangan di JKNS.

Beliau menyatakan demikian ketika mengetuai rombongan Pegawai Jabatan Perubatan Trasfusi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas mengunjungi  Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Swady Guliling di Wisma Dang Bandang, pada Selasa.

Menurut Shahnaz, kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan penyelarasan perjawatan Penolong Pegawai Penerangan yang berkhidmat di JKNS khususnya yang bertugas di Jabatan Perubatan Transfusi Negeri Sabah.

Setakat ini, katanya, terdapat sembilan perjawatan Penolong Pegawai Penerangan dan mereka bertanggungjawab memastikan promosi serta kesedaran terhadap kepentingan menderma darah di samping kempen mengamalkan gaya hidup sihat dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.

Marcus Netto (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada Swady sambil disaksikan Shahnaz (kiri) dan Supian (kanan).

Marcus Netto (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada Swady sambil disaksikan Shahnaz (kiri) dan Supian (kanan).

Beliau turut berharap semua Penolong Pegawai Penerangan yang berkhidmat di JKNS turut menerima kemudahan dari aspek latihan perhubungan awam seperti mana pegawai lain yang bertugas di JaPen bagi memantapkan peranan mereka.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JaPen Sabah, Supian Musa; Timbalan Pengarah (Klinikal) HWKK Likas, Dr. Marcus Netto; Ketua Unit Transfusi HWKK Likas, Dr. Christine Lu; Ketua Unit Transfusi  HQE, Dr. Saliz Mazrina Shahrom dan Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Transfusi  HQE II, Dr. Nur Raihana Jaafar.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda