Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Masyarakat Tumpat Terus Beri Sambutan Jualan ‘Muroh Ko Rakyat’

By 15 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

  Laporan dan foto : Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)

TUMPAT, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Rakyat terus memberi sambutan kepada Program ‘Jualan Muroh ko Rakya’t Parlimen Tumpat yang diadakan di Padang JKR Kampung Air Dingin, di sini hari ini apabila lebih 600 orang hadir untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang murah.

Menurut Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Abd. Aziz, program ini merupakan usaha kerajaan dalam membantu rakyat terutama golongan yang berpendapatan rendah membeli barangan keperluan dengan harga yang murah dan berkualiti.

Rosdi (tengah) menjelaskan ini antara usaha kerajaan dalam membantu rakyat.

Rosdi (tengah) menjelaskan ini antara usaha kerajaan dalam membantu rakyat.

“Kerajaan sentiasa membantu rakyat walau apa jua keadaan sekalipun demi mensejahterakan rakyat dan kami akan cuba usahakan agar program ini berjalan setiap bulan.

“Ini sudah masuk kali keenam program ini dilaksanakan di parlimen ini dan ianya akan terus berjalan jika rakyat terus memberi sambutan dan sokongan yang padu,” katanya.

Sementara itu, menurut Mariani Majid, 47, yang ditemani adiknya berkata beliau datang ke sini semata-mata untuk membeli barangan yang ditawarkan dengan harga murah.

“Harga disini lebih murah, menjimatkan dan saya tidak lepas peluang untuk membeli barangan keperluan seperti gula, susu, minyak masak, biskut dan sayur sayuran,” jelasnya.

Gerai menjual ayam segar antara gerai yang menjadi tumpuan program hari ini.

Gerai menjual ayam segar antara gerai yang menjadi tumpuan program hari ini.

Manakala bagi Azizah Mamat, 53, dari Kampung Air Dingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan dan pihak penganjur kerana mengadakan program untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat.

“Program sebegini harus diteruskan sepanjang tahun, lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan, rakyat dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang murah dan bermutu tinggi,” ujarnya.

Program anjuran UMNO Bahagian Tumpat dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merupakan program yang dinanti-nanti oleh rakyat di sini.

Turut hadir ke program Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Wan Hanapi Wan Harun dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Tumpat, Nik Noriza Nik Salleh.

-SH

Tinggalkan komen anda