Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

SMK Sultanah Asma Kembali Mengungguli Tempat Pertama SPM

By 16 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto Oleh    :  Norhayati Yusoff dan Azman Yahaya

 

ALOR SETAR, 15 Mac (Malaysiaktif) – Dengan mencatat Gred Purata 2.39 melayakkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma menduduki tempat pertama keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 Peringkat Negeri Kedah berbanding tahun 2016 yang hanya menduduki tempat kedua. Secara keseluruhan, seramai 18 orang mendapat keputusan semua A dalam semua matapelajaran, 10A seramai 2 orang, 9A seramai 11 orang manakala 8A seramai 16 orang.

WhatsApp Image 2018-03-15 at 20.48.55Salah seorang pelajar, Nur Fatihah Abdul Malek, 18, berkata “saya amat bersyukur dengan keputusan yang diperoleh pada hari ini”.  Menurut anak kedua kepada Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) ini, beliau memberi sepenuh tumpuan di dalam kelas dan jika terdapat subjek yang diajar tidak difahami, beliau akan bertanya kepada guru sehingga beliau memahami subjek tersebut.

Nur Fatihah gembira dengan keputusan penuh 10A yang dicapainya

Nur Fatihah gembira dengan keputusan penuh 10A yang dicapainya

Fatihah yang meminati bidang kedoktoran berharap akan mendapat tajaan atau biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya di Ireland.

 

Eunice berkongsi kegembiraan cemerlang 11A bersama ibu tercinta

Eunice berkongsi kegembiraan cemerlang 11A bersama ibu tercinta

Seorang lagi pelajar cemerlang, Eunice Eu Chai Chern, 18, pula berkata, “walaupun gembira dengan keputusan ini 10A+ dan 1A tapi saya berasa sedikit hampa kerana target sebenar ialah 11A+”. Eunice bercita-cita ingin menjadi seorang doktor di Universiti Malaya (UM) atau Universiti Sains Malaysia (USM).

“Sokongan daripada keluarga penyumbang utama kepada kejayaan saya kerana sejak kecil lagi saya sudah disediakan kelengkapan belajar yang cukup termasuk mempunyai bilik belajar sendiri” ujarnya lagi.

WhatsApp Image 2018-03-15 at 20.48.38(1)

Menurut Penyelia Tingkatan Lima, Cikgu Rohana Said, “komitmen yang tinggi daripada guru-guru, ibu bapa serta pelajar yang sentiasa memberi sokongan dalam setiap program yang dijalankan di sekolah menjadi faktor utama sekolah ini cemerlang,” ujarnya dengan penuh bangga dan gembira atas pencapaian anak didiknya.

Selain SMK Sultanah Asma, SM Sains Pokok Sena, SBP Intergrasi Kubang Pasu, SM Sultan Abdul Halim dan SMK Datuk Syed Ahmad menduduki carta lima buah sekolah yang mendapat keputusan SPM cemerlang peringkat negeri Kedah 2017.

 

  • MRR

Tinggalkan komen anda