Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Kerajaan Komited Tingkat Kualiti Pencari Kerja

By 17 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

LAPORAN & FOTO: Jusman Hedoh (Sabah)


TAWAU, SABAH, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan sentiasa komited meningkatkan kualiti para pencari kerja melalui pelbagai latihan kemahiran bagi memenuhi permintaan guna tenaga negara.

Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata kerajaan sedar akan keperluan ini dan sentiasa mencari inisiaitif bagi mengisi kekosongan guna tenaga di negara ini.

“Ketika ini wujud permintaan terhadap peluang pekerjaan bagi menangani isu pengangguran yang semakin meningkat di negara ini.

“Namun, antara aspek kepada kegagalan memenuhi peluang berkenaan adalah disebabkan kurangnya kemahiran dan kualiti bagi memenuhi permintaan berkenaan.

03

“Sehubungan itu, kerajaan bersama pihak swasta sentiasa bekerjasama mengadakan banyak program latihan teknikal untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran kumpulan pencari kerja di negeri ini khususnya.

Nizam berkata demikian ketika berucap merasmikan bengkel kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Dewan Sri Tawau pada Jumaat.

Tambahnya lagi, selain peluang kerja di jabatan kerajaan, sebenarnya masih terdapat banyak peluang pekerjaan samada di sektor swasta mahupun yang bekerja sendiri.

“Terdapat permintaan pekerja di negeri ini dalam bidang yang memerlukan kemahiran tertentu, separa mahir dan sebagainya.

“Bagi membolehkan permintaan berkenaan dipenuhi kerajaan menyediakan pelbagai latihan kemahiran dan bantuan kewangan kepada para belia yang berminat dan memiliki sikap kemahuan yang tinggi untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi,” ujarnya.

Jelasnya, kerajaan sentiasa peka dengan keperluan golongan belia dan memberi galakan mengikuti pelbagai program dan latihan kerjaya yang sememangnya memberikan manfaat kepada mereka.

Katanya lagi, bagi belia-belia yang masih memerlukan latihan kemahiran, penerangan atau kerja perlu mengambil peluang yang disediakan ini untuk mendapat pekerjaan bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

Beliau berharap agar program berkenaan akan dapat memberi manfaat kepada belia yang ingin mencari pekerjaan di daerah ini.

– MRR

Tinggalkan komen anda