Fahami Fungsi Buah Pinggang Untuk Kekal Sihat – Dr. Heric

F1

 

Laporan dan foto oleh :  Zaidi Jamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Masyarakat di negeri ini di saran agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta mengamalkan tabiat pemakanan berkhasiat bagi menghindari komplikasi penyakit buah pinggang.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE),  Dr. Heric Corray berkata, penyakit buah pinggang  boleh dicegah sekiranya masyarakat sentiasa mengamalkan cara pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.

“Pengamalan tersebut penting apabila masyarakat memahami fungsi buah pinggang  yang merupakan salah organ terpenting dalam badan.

“Antara  fungsi terpenting buah pinggang ialah menjadi penapis bahan buangan dalam darah.

“Buah pinggang yang sihat mampu mengawal jumlah cecair di dalam badan dan membantu membuang lebihan cecair dari darah.

Noni turut mengadakan lawatan ke unit Unit Hemodelisis serta menyampaikan cenderahati kepada para pesakit.

Noni turut mengadakan lawatan ke unit Unit Hemodelisis serta menyampaikan cenderahati kepada para pesakit.

Heric berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat HQE di Auditorium, Menara Berkembar HQE pada Jumaat.

Jelasnya lagi, buah pinggang turut berperanan dan bertindak mengawal tekanan darah setiap individu.

“Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu, jika tekanan darah tinggi, jantung terpaksa bekerja lebih keras dan ini amat tidak menyihatkan.

“Kementerian Kesihatan termasuk hospital dan pelbagai agensi yang terlibat secara langsung dalam bidang perubatan sentiasa berusaha mempertingkatkan kesedaran berkenaan melalui pelbagai kempen yang dilaksanakan.

Sebahagian daripada pegawai perubatan serta jururawat unit Geriatrik turut mengadakan pameran pada sambutan berkenaan.

Sebahagian daripada pegawai perubatan serta jururawat unit Geriatrik turut mengadakan pameran pada sambutan berkenaan.

“Diharap melalui pelaksanaan kempen tersebut masyarakat akan dapat memperoleh banyak maklumat tentang penjagaan kesihatan buah pinggang dan memberi perhatian sewajarnya kalangan masyarakat,” katanya.

Tambahnya lagi, masyarakat perlu serius tentang penjagaan buah pinggang kerana jumlah pesakit yang memerlukan rawatan termasuk rawatan dialisis akibat penyakit buah pinggang termasuklah pesakit buah pinggang tahap kronik (Chronic Kidney Disease) (CKD) sentiasa meningkat saban tahun.

“Sehubungan itu, pemahaman dan kesedaran masyarakat pelbagai peringkat berkaitan  kepentingan penjagaan buah pinggang  penting.

“Sesungguhnya melalui kesedaran tersebut ia mampu membantu orang ramai terhindar daripada mengalami kerosakan organ berkenaan seterusnya menikmati kualiti hidup lebih sihat dan normal’, ujar Heric.

Pelbagai pengisian sepanjang sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia berkenaan antaranya sesi ceramah ‘Kesihatan Buah Pinggang dan Kesihatan Wanita’ oleh Pakar Perubatan Nefrologi HQE  Dr. Chan Fei Sia.

Perkongsian pengalaman dari tiga pesakit yang pernah dan sedang menerima rawatan mengenai akibt kemerosotan buah pinggang.

Perkongsian pengalaman dari tiga pesakit yang pernah dan sedang menerima rawatan mengenai akibt kemerosotan buah pinggang.

Sambutan turut diserikan dengan bual bicara dari tiga pesakit yang pernah dan sedang menerima rawatan di Unit Hemodialisis akibat kemerosotan buah pinggang sebagai perkongsian pengalaman masing-masing.

Selain pameran kesihatan, turut diadakan lawatan bersama rombongan Persatuan Peniaganita Sabah,  Persatuan Davita Dialysis Centre dan Persatuan Rotary Club Kota Kinabalu ke Unit Hemodialisis sambil menyerahkan cenderahati kepada para pesakit di wad berkenaan.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Peniaganita Sabah,  Datuk Noni Said,  serta wakil-wakil Persatuan Rotary Club Kota Kinabalu (PEARLS) dan Persatuan Davita Dialysis Centre Cawangan Kota Kinabalu.

– MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...