Skip to main content
HomeSabah

366 Petani Terima Sumbangan Tabung Bencana Tanaman Padi

By 17 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan

Laporan: Asmidar Zainol /Foto: Johnny Joklis (Sabah)

 

KOTA BELUD, SABAH, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 366 petani menerima bantuan RM730,429 melalui Tabung Bencana Tanaman Padi Daerah di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Sumbangan melalui Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) itu disampaikan  Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak yang turut  dihadiri Pengarah IADA Kota Belud, Puan Salmah Labulla.

Salleh (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Budiman (kanan).

Salleh (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Budiman (kanan).

Antara penerima ialah petani, Budiman Jipar, 53, dari Kg Labuan, yang mengalami kerugian kira-kira RM10 ribu apabila tanaman padinya seluas 5 ekar digenangi air.

“Tanaman padi saya seluas 5 ekar ditenggelami air dan bertakung menyebabkan semua padi saya rosak dan kerugian dalam lingkungan RM10 ribu.

“Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, saya tetap bersyukur sekurang-kurangnya pihak kerajaan dapat meringankan bebanan dan kami berasa cukup dihargai,” ujarnya.

6 (1)

Turut menerima bantuan tersebut, Kumbang Olah, 76, yang menanggung kerosakan sekitar RM5,000 juga akibat bencana air bah pada tahun lalu.

“Terima kasih kepada IADA dan kerajaan serta Datuk Salleh. Sumbangan ini dapat membantu saya dan keluarga menanam semula padi pada tahun ini.

“Sumbangan ini juga menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu masalah-masalah kami dan semoga lebih banyak usaha dapat dijalankan kerajaan bagi memajukan pertanian di kampung kami,” katanya, pada Jumaat.

 

-MRR

 

Tinggalkan komen anda