Skip to main content
Berita SarawakHome

Menghubung Dan Menyatu Di Rumah Panjang Di Sambut Meriah

By 19 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan Foto : Azrene Mohd Noor ( Putrajaya )

SIBU , 19 Mac ( Malaysiaaktif ) – Sebanyak 7 buah rumah di Rumah Itun, Salim , Sibu menerima bantuan berupa barangan keperluan harian serta Astro NJOI sempena dengan Program Menghubung dan Menyatu ( CTU ) yang pertama kalinya berlangsung di sini baru-baru ini.

WhatsApp Image 2018-03-17 at 17.39.40 (1)Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan , Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( KKMM ) , Hairul Rashidan Md Rashid berkata menerusi program itu yang antara lain berobjektif mewujudkan masyarakat bermaklumat, pelbagai bantuan telah disalurkan bagi memudahkan akses jaringan komunikasi secara berkesan dan menyeluruh.
“Selain melakukan khidmat kemanusiaan seperti membantu rakyat yang kurang berkemampuan, Program Menghubung dan Menyatu (CTU) juga membolehkan kami menambah baik dari segi komunikasi,” katanya semasa menyampaikan ucapan aluan di sini hari ini.

Program telah dirasmikan oleh Tiong See Kiong, Setiausaha Politik mewakili Datuk Tiong Thai King, ADUN Dudong, Sibu.

Menurut Tiong dalam ucapannya, ” Dengan adanya program seperti ini yang menggunakan pendekatan secara ‘turun padang’ , ‘people oriented’ dan komunikasi bersemuka membolehkan pemimpin setempat menyampaikan hasrat kerajaan untuk mendahulukan rakyat dapat direalisasikan.”

Beliau turut menambah , ” Sibu merupakan sebuah bandar yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang latar belakang serta agama. Penduduk Sibu mampu tinggal dan bergaul sesama mereka secara harmoni dan yakin dengan penglibatan KKMM mampu memberi manfaat bersama kepada rakyat di kawasan ini.”

WhatsApp Image 2018-03-17 at 17.40.16Salah seorang penerima bantuan, Andy Dana Anak Mandi, 52, yang kini lumpuh separuh badan, menyatakan rasa terima kasih beliau atas usaha kerajaan membantu masyarakat di rumah panjang.

” Saya ingin berterima kasih atas sumbangan yang diberikan serta pemasangan Astro NJOI di rumah saya. Dengan adanya sumbangan ini, membolehkan saya mengetahui serta mendapat maklumat tanpa batasan. Terima kasih kepada kerajaan yang membantu. ”

WhatsApp Image 2018-03-17 at 17.39.41Seorang lagi penerima bantuan, Idah Anak Musi, 44 , ibu tunggal kepada dua orang anak menyifatkan usaha kerajaan menghubung dengan masyarakat luar bandar sememangnya sesuatu yang mengembirakan. ” Anak-anak saya masih muda dan mereka perlukan infomasi serta perkembangan minda demi masa depan mereka. Kerajaan telah turun padang dan menyampaikan info yang sepatutnya dan mendengar segala permasalah kami.”

WhatsApp Image 2018-03-17 at 17.39.41 (2)Seramai lebih kurang 100 penduduk rumah panjang RH Itun Anak Upo hadir dan pelbagai aktiviti telah di jalankan sejak dari pagi antaranya pertandingan karaoke serta cabutan bertuah.

-AZR

Tinggalkan komen anda