RM100 Juta Laksana Koridor Digital Utara Sabah

005

 

Laporan: Asmidar Zainol / Foto: Johnny Joklis (Sabah)

KOTA BELUD, SABAH, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Koridor Digital Utara Sabah melibatkan kos sebanyak RM100 juta bagi memantapkan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi di zon utara Sabah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat swasta.

“Projek ini bakal merangkumi jajaran pemasangan fiber dari Kudat hingga ke Tuaran ini juga turut menyokong Pelan Fiber Seluruh Negara yang telah diumumkan pada 2017.

“Rangkaian fiber di bawah pelan ini akan menghubungkan premis di utara Sabah yang melibatkan kawasan bandar, pinggir bandar dan zon terpencil bagi membolehkan segenap lapisan penduduk dapat mengambil manfaat daripada ekonomi digital secara saksama,” katanya.

Salleh mengumumkannya semasa merasmikan Pelancaran Komuniti Pintar Kota Belud 2.0 di Dewan Tun Said, pada sabtu.

Salleh (tengah, depan) bergambar bersama mereka yang hadir

Salleh (tengah, depan) bergambar bersama mereka yang hadir

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  Malaysia (MCMC) Tan Sri Dr Halim Shafie berkata, bagi menjadikan daerah Kudat hingga Tuaran sebagai kawasan digital, infrastruktur fiber diperlukan walau bagaimanapun tarikh pelaksanaannya masih dalam perancangan.

“Untuk Sabah bergerak ke arah digital, infrastruktur fiber amat diperlukan kerana infrastruktur fiber akan memberi kelajuan kepada internet.

“Kalau kita nak internet lebih murah pun, infrastruktur fiber itu perlu ada,” katanya.

 

-MRR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...