Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

JaPen Rai Rakan Strategik

By 19 Mac 2018Tiada komen1 minit bacaan

    Laporan oleh:  Eviannie Kin / Foto oleh: Johnny Kimlon (Sabah)

KOTA KINABALU, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) mengadakan Majlis Jalinan Kasih bagi meraikan rakan-rakan strategik yang banyak memberi kerjasama dalam usaha menyampaikan dasar-dasar kerajaan.

?Majlis itu turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bersama-sama 250 jemputan yang diadakan di sini, pada Jumaat malam.

 2-1-01

Mereka yang diraikan terdiri daripada para pesara, bekas warga JaPen, Orang Berpengaruh (OBP), pengamal media, Pengerusi-pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M), guru-guru penyelaras Kelab 1Malaysia dan para Pegawai Perhubungan Awam.

 Matlamat program tersebut? adalah untuk memantapkan jaringan komunikasi strategik JaPen dalam menjalankan fungsinya selaras dengan hasrat kerajaan di samping menjalin hubungan yang berterusan dengan pesara JaPen.

 

Antara pesara JaPen yang hadir.

Antara pesara JaPen yang hadir.

Hadir sama di majlis tersebut, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman; Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling; Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dr Jamaluddin Mohd. Ali; Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Joannes Solidau; Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin dan Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Datuk Japlin Akim

Tinggalkan komen anda