Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

Jimat Hingga RM40 di Jualan Sentuhan Rakyat

By 20 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Seorang suri rumah sanggup datang dengan berkerusi roda seawal pagi untuk membeli barang keperluan harian seperti barang dapur basah dan kering yang dijual dengan harga jauh lebih murah sempena program Jualan Sentuhan Rakyat Peringkat DUN Bahau di Tapak Gerai Jambu Lapan, di sini semalam.

“Saya berbelanja hampir RM200 dan dapat jimat lebih kurang RM30 hingga RM40 jika saya beli barangan yang sama diluar sana,” ujar Roziah Ramli, 53, yang berkerusi roda ditemani suaminya.

Roziah ditemani suaminya mendapatkan barangan keperluan sempena jualan murah di sini semalam.

Roziah ditemani suaminya mendapatkan barangan keperluan sempena jualan murah di sini semalam.

Program Jualan Sentuhan Rakyat anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama UMNO Bahagian Jempol ini adalah siri yang ke tujuh diadakan di Daerah Jempol.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Dato Shamsulkahar Md. Deli tujuan program diadakan di seluruh negara sedikit sebanyak dapat menangani beban kos sara hidup rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan Negeri Sembilan berkata masyarakat perlu merebut peluang ini untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga lebih murah dan berpatutan.

“Usaha yang dilakukan kerajaan ini adalah untuk membantu rakyat dan program hari ini sampai kepada penduduk Kampung Jambu Lapan untuk menikmati jualan murah ini,” ujarnya.

Kamdi (kanan) menunjukkan barang keperluan harian yang dibelinya.

Kamdi (kanan) menunjukkan barang keperluan harian yang dibelinya.

Sementara itu menurut seorang pemborong ayam yang memperkenalkan dirinya sebagai Anna berkata, walaupun ayam bersih dijual dengan harga sekilo RM6.50 berbanding RM8.50 di pasaran biasa tetapi sambutannya agak dingin.

“Mungkin disebabkan hari biasa, sekiranya program ini diadakan pada hujung minggu mungkin bekalan ini tidak cukup,” katanya.

Manakala Kamdi Ahmad, 64, yang datang bersama isteri berkata program jualan murah ini amat baik.

“Program ini relevan kerana saya dapat memborong untuk keperluan saya selama dua bulan dan dapat menjimatkan lebih kurang RM150,” katanya.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Haji Salim Sharif menawarkan kupon percuma bernilai RM50 kepada 100 orang warga emas yang berumur 60 tahun ke atas untuk berbelanja sempena program Jualan Sentuhan Rakyat semalam.

-SH

Tinggalkan komen anda